BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 4 June 2013

TENTATIF MAJLIS PERKAHWINAN KAMI

SABTU : 23 MAC 2013
7.45 pm (lepas magrib) : Ketibaan rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan
8.00 pm  : Jamuan makan malam
8.30 pm (lepas isyak)    : Ketibaan Tok Kadi (Imam Seman)
9.00 pm  : Majlis pernikahan (pakaian putih : sdn bhd)
10.00 pm : Majlis berinai ( pakaian L+P hijau zamrud : by ellif bridal)
(Pengantin lelaki dan perempuan berarak masuk dengan paluan kompang)
11.00 pm : Pengantin lelaki bersama rombongannya bergerak pulang ke homestay
                  : Sesi persalinan baju bagi pengantin perempuan
                   ( 2 pasang baju : songket merah + baju korea : by ellif bridal)

2.00 am  : Kumpul daya

AHAD : 24 MAC 2013
9.00 am  : Majlis khatam Al-Quran oleh pengantin perempuan
                  (pakaian P : sdn bhd)
                  (Bacaan yasin / marhaban)
11.00 am   : Jamuan makan tetamu
12.00 pm : Rombongan pengantin lelaki sampai (stay di rumah bersanggar)
                  (Persiapan pengantin lelaki)
12.30 pm  : Majlis Resepsi 
(pakaian L+P warna krim nescafe : by ellif bridal)
1.00 pm    : Makan beradap
1.00 pm    : Majlis potong kek
                (pakaian L : sdn bhd & pakaian P warna kelabu : by ellif bridal)
                (Keberangkatan pulang rombongan pengantin lelaki)
4.00 pm   : Outdoor

6.00 pm   : Majlis bersurai

Monday 11 March 2013

Sastera si kupu-kupu

10 Mac 2013

Hari ni pembukaan rumah baru kami. D'embum ellit di Taman Scientex Pasir Gudang. So, kami ke sana dengan harapan nak lihat rumah + makan. Hahaha...makan tu penting... Em tak sabar rasanya nak duduk rumah sendiri. Lagi setahun Insyallah siap la rumah kami. Sementara tu kena la duk menyewa dengan orang jugak.

So, hari ni jugak ada 2 appoinment dengan tuan rumah sewa. First sekali tengok kat JP Perdana. Dengan mood en tunang yang tiba-tiba berangin tu, aku la yang drive ke sana. Ada masalah kerja di Kelantan. Tak pelah, aku layankan je...hehe..

Tetiba, terdengar pulak lagu sweet ni...SETIA HUJUNG NYAWA.. En tunang buat status kat fb : aku si kupu-kupu hinggap dihatimu... wahhhh so sweetttttttt....


thanks la to HOT fm kerana tengah mengembalikan mood tunang saya...lalala

Pusing punya pusing tak sedar minyak dah nak habis. Tukar drive dengan en tunang. Tak jumpa jalan lagi. Berangin semula dia. Emmm biasalah, first time mesti sesat punya kan. eee geram je aku... Last sekali, kak yang menyewa dulu tu ambil kami kat tepi jalan. Huh!!! selesai tengok rumah sewa pilihan pertama.
RM 500 sebulan, 3 bilik tidur, 2 bilik air. Dekat dengan sekolah, hospital, tesco & jusco. lalala

Ok, meh tengok rumah yang kedua pulak. Kat Bestari Indah Ulu Tiram. Tak sampai rumah lagi dah patah balik. Jauh sangat katanya. Ok booking terus rumah kat JP Perdana. Insyallah, bulan 4 ni boleh duduk sama dengan en husband.

Selesai bab rumah sewa. Meh ke jusco untuk beli last barang dulang hantaran pihak perempuan. Baju kameja + tali leher. Nasib harganya bawah dari bajet aku. Huh lega...kih3

Then, kami ke tesco untuk makan nasi ayam penyet. En tunang belanja. hehe. Lepas tu, kami buat tempahan bunting majlis perkahwinan kami. Bincang punya bincang, ok dapat kata sepakat untuk buat design yang en tunang pilih. Huh, selesai lagi satu bab. Alhamdulillah, rasanya dah tak ada benda lagi yang kami nak buat. Just beli barang sikit-sikit jerk.

Lepas ni, just tunggu  tarikh kami jerk...huhu...debar pulak tiba2  eh... Semoga semuanya berjalan lancar.

Saturday 9 March 2013

Pre-Wedding

Alhamdulillah, segala kerja-kerja pembikinan DIY telah siap... Huh!!! lega rasanya... 


27 Feb 2013
kami meraound Jusco Tebrau City untuk mencari baju pre-wed. Macam biasa, kami research nak konsep pre-wed. Setelah dianalisis, ok kami sepakat nak buat konsep drama SETIA HUJUNG NYAWA iaitu ZAIN HAKIMI + EL SALINA... Pusing punya pusing, jumpa jugak baju yang dicari.

4 Mac 2013

Hari ni, kami ke pre-wed pulak. Lagi satu perkara gigih yang kami buat. Pre-wed tidak dijalankan pada hari cuti tetapi pada hari Isnin iaitu hari aku bekerja. Tiada pilihan lain melainkan tidak buat langsung pre-wed. So, terpaksa berkorban masa+kepenatan yang teramat sangat. 

Aku mintak excuse pada pengetua untuk balik awal hari, Urgent puan. Tak boleh nak elak. 

2.00 pm : aku balik rumah (mandi+solat)
3.00 pm : en tunang sampai. Tapi, aku punya penat, belum sampai tol kempas lagi kot, rasanya adala la dalam 10 minit, mata ni dah mengantuk tahap gaban. wahhhh sampai tertidur...huhu
6.30 pm : kami sampai di putrajaya. Solat asar di masjid putrajaya. Kami siap2 untuk mula dengan pre-wed. En tunang dah siap pakai costume Zain Hakimi, aku pun dah pakai costume El Salina. Dalam kereta, dari radio era, dia tukar lagu romantik version instrumental...wahhhh romantiknya time tu... sweet sangat..
8.00 pm : photografer sampai, start dah tangkap2 gambar ni. Alamak, macam mana nak buat gaya, masing2 kaku. Susah rupanya, bukan senang nak jadi model... kena pandang mata en tunanag. Mata bertentang mata, alamak turun sudah ke hati...huhuhu. 

Aku tak boleh la nak pandang mata ia terus. En tunang kata : emmm malu2 pulak dia nak pandang. Hik2, memang la... Kru photografer : tak pe, tunggu la nanti masa buat outdoor, siap korang... alamak...huhu
Kata photografer, memang la pre-ed ni agak boring sikit sebab tak de adegan pegang2 tangan.

Apa-apa pun, hari ni berlalu very very sweet moment...

10.00 pm : kami bertolak pulang ke JB semula. Berhenti solat di Seremban, makan pau dalam kereta je & sambung perjalanan semula. Kesian kat en tunang, mesti dia penat giler drive sorang2. Sambil2 aku tertidur dalam kereta tu, kadang2 terjaga jugak, tanya kat dia, nak gula2 tak??? lepas tu tidur semula. hehe. Teruk betul cor driver ni, Tido sokmo. Apa boleh buat, esok nak sekolah, mata ni dah mengantuk tahap kuda. Sikit2 tu, aku ada gak jeling2 en tunang, kot ia pn tertidur sama. Naye dibuatnya. Cian dia, mata dah merah macam biji saga. Dia cakap, untung la duduk sebelah. Lelaki, jadi driver, perkara normal la kan. Ia mana nak bagi perempuan yang bawa kereta.
1.30 am : sampai di rumah, aku basuh muka, gosok gigi, tukar baju terus tido. Tak ingat dunia dah tu. Dengan kasut + baju spare pun tertinggal dalam kereta en tunang. lalala...

Untuk moment yang paling sweet...SETIA HUJUNG NYAWA...versi kami









DIY kad kahwin

20 feb 2013

En tunang ke kajang untuk mengambil tempahan kad kahwin yang telah siap... Gigih sangat dia ke sana semata-mata ambil kad kahwin. Tu la, nak sangat buat kt tempah Awal& Scha buat kan. Ikutkan aje la ehh...

Bermulah kerja kami menDIYkan kad kahwin. En tunang dan belikan reben dan dawwai untuk design kad kami. Dari sekolah, aku balik rumah, mandi dan terus bergerak ke UTM.  Sementara tunggu en tunang, perut ni dah lapar tahap gigil, aku pi la beli goreng pisang  panas kat tepi jalan tu. Makan dalam kereta macam orang kebulur, lantak la abg forener nak tengok ke, apa ke...hahaha... En tunang dari kajang, sampai UTM pukul 5.00 pm. Kami bergerak ke kafe UTM.

Cari tempat yang strategik sikit, start dengan design reben. Biasalah, pada awalnya, buat yang ni tak kena, yang ni pulak tak cantik, yang ni pulak leceh... tengok la design ni,,,huhu


last sekali ikat reben macam biasa je... letak mutiara sikit atas reben tu, dan jadi la macam nie..


Gigih sangat, dari pukul 5.00 pm hingga 10.00 pm, kami berjaya siapkan lebih kurang 300 keping kad. En tunang potong reben, aku buat reben, en tunang gam pada kad. Dia try buat reben sekali, tak jadi, pas tu dah tak nak buat dah. Aku jugak la mangsa DIY nya..huhu
 ni tangan en tunang potong reben..
 ambik, selonggok reben yang telah aku siapkan..

DIY sangat kan.... Jenuh la nak siapkan 1100 keping kad kesemuanya... Apa2 pun pengalaman ni sangat berharga, sooooooo sweeeeeettttt.... Masa ni la kami nak lebih mengenali antara satu sama lain. Erat-earatkan lagi hubungan kami yang mahu bercinta selepas nikah ni. Mudah-mudahan diberkati. Amin...

Fitting baju kahwin

25 feb 2013

Hari ni dah finalise dengan ELLIF BRIDAL perancang perkahwinan kami. Setelah tahu tentatif majlis perkahwinan kami, baru boleh finalise, pelamin, meja makan beradap dan baju. En tunang turun ke segamat, aku dari rumah with my brother bodyguard untuk finalisekan baju kami. Setelah ditambah ditolak didarab dibahagi, hasil perbincangan dengan ijam & anuty,kami memilih untuk...


Baju nikah : persendirian (ditempah khas pada mak cik aku)
Baju berinai : songket warna coklat (dalam pembikinan)
Baju bersanding : dress gray
Baju resepsi : dress hijau
Baju bertandang : pink belacan

Habis bab baju & pelamin, en tunang balik terengganu & aku balik jb...