SARAPAN PAGI
Assalamualaikum…
Emmmm… pasti
wanita-wanita di luar sana pening kepala kan mahu menyediakan menu apa di
setiap pagi untuk encik suami… Lebih-lebih bagi mereka-mereka yang berkerjaya,
yang memerlukan mereka keluar rumah seeawal pukul 6 pagi. Benar sungguh kata
orang tua-tua “air tangan isteri, pengerat kasih sayang suami”. Baru tiga hari
bergelar isteri, anda sudah diminta untuk melayani kehendak selera si dia???
Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab seorang isteri kan. Ayuh isteri
tercinta, mari kita rebut hati suami dengan sarapan pagi yang menyelerakan.
Untuk itu, kali ni,
aku nak berkongsi cara-cara memikat hati suami di waktu awal pagi… Menu sarapan
pagi untuk yang tersayang. Antara cadangan menu adalah seperti berikut ………..
Sediakan menu ringkas
sandwich telur dengan hirisan tomato dan sayur salad segar. My Mr.H suka makan
sayur, jadi perlukan lebih sayur.huhu.
Telur boleh digoreng atau direbus mengikut selera suami anda. Telur
dihancurkan dan diletak serbuk lada putih atau serbuk lada hitam. Susu segar
mampu memberikan tenaga di waktu pagi dan mengelakkan tubuhnya keletihan. Pasti
Mr.H bersemangat untuk memulakan hari kan…
HARI SELASA : ROTI BAKAR BERJEM COKLAT
NUTELLA + SEGELAS MILO PANAS
Mudah dan ringkas. 2
keping roti bakar bersalut coklat. Milo
panas kegemaran Mr.H pasti menambah rasa sayang yang lebih dan lekat selamanya.
Aku akan cuba buat seperti milo panas yang disediakan oleh arwah maknya.
HARI RABU : KOKO CRUNCH + SEGELAS CHOCOMALT PANAS

HARI KHAMIS : BIJIRIN QUAKER OAT +
NESTUM
Tiada alasan untuk
tidak bersarapan pagi. Dengan menu hari ni, pasti hati suami dapat dicuri.
Mudah, orang yang tiada kepakaran memasak pun boleh menyediakan menu ini.
HARI JUMAAT : TELUR HANCUR, KACANG
PANGGANG, SOSEJ + JUS OREN
HARI SABTU : NASI HIMPIT BERSAYUR LODEH
+ TEA O PANAS
HARI AHAD : NASI LEMAK + NESCAFE PANAS
Ceriakan pagi hujung
minggu dengan menu sarapan pagi yang sedikit berat. Walaupun agak sukar bagi
isteri yang baru belajar memasak seperti aku…hehe… Namun anda perlu memikat
hati suami dengan menunjukkan kebolehan ini. Sedapnya nasi lemak bila
dihidangkan dengan ayam goring rempah. Fuhhhh pastinya ia akan menambat hati
suami dari keluar lepak bersama rakan-rakannya diluar. Pasti suami anda akan
melekat seharian di rumah. huhu
Moga-moga anda dapat
laksanakan tanggungjawab ini dengan jayanya.
Kepada my future
husband, kalau saya terlupa hendak sediakan menu-menu seperti yang dicadangkan
di atas, tolong INGATkan saya ye… Tapi Mr.H kena faham ye, kerja seorang guru
ni, perlu keluar awal pagi, kalau saya tak sempat, menu awak hari-hari roti
bakar + milo 3 in 1 ye… hik2.. SORRY…hehe
Apa-apa pun, isteri perlu sediakan hidangan yang berkhasiat untuk suami. Supaya suami tak cari yang lain..
(Sumber : Inspirasi
Pengantin : September 2012 : Info Rumahtangga)