BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 11 March 2013

Sastera si kupu-kupu

10 Mac 2013

Hari ni pembukaan rumah baru kami. D'embum ellit di Taman Scientex Pasir Gudang. So, kami ke sana dengan harapan nak lihat rumah + makan. Hahaha...makan tu penting... Em tak sabar rasanya nak duduk rumah sendiri. Lagi setahun Insyallah siap la rumah kami. Sementara tu kena la duk menyewa dengan orang jugak.

So, hari ni jugak ada 2 appoinment dengan tuan rumah sewa. First sekali tengok kat JP Perdana. Dengan mood en tunang yang tiba-tiba berangin tu, aku la yang drive ke sana. Ada masalah kerja di Kelantan. Tak pelah, aku layankan je...hehe..

Tetiba, terdengar pulak lagu sweet ni...SETIA HUJUNG NYAWA.. En tunang buat status kat fb : aku si kupu-kupu hinggap dihatimu... wahhhh so sweetttttttt....


thanks la to HOT fm kerana tengah mengembalikan mood tunang saya...lalala

Pusing punya pusing tak sedar minyak dah nak habis. Tukar drive dengan en tunang. Tak jumpa jalan lagi. Berangin semula dia. Emmm biasalah, first time mesti sesat punya kan. eee geram je aku... Last sekali, kak yang menyewa dulu tu ambil kami kat tepi jalan. Huh!!! selesai tengok rumah sewa pilihan pertama.
RM 500 sebulan, 3 bilik tidur, 2 bilik air. Dekat dengan sekolah, hospital, tesco & jusco. lalala

Ok, meh tengok rumah yang kedua pulak. Kat Bestari Indah Ulu Tiram. Tak sampai rumah lagi dah patah balik. Jauh sangat katanya. Ok booking terus rumah kat JP Perdana. Insyallah, bulan 4 ni boleh duduk sama dengan en husband.

Selesai bab rumah sewa. Meh ke jusco untuk beli last barang dulang hantaran pihak perempuan. Baju kameja + tali leher. Nasib harganya bawah dari bajet aku. Huh lega...kih3

Then, kami ke tesco untuk makan nasi ayam penyet. En tunang belanja. hehe. Lepas tu, kami buat tempahan bunting majlis perkahwinan kami. Bincang punya bincang, ok dapat kata sepakat untuk buat design yang en tunang pilih. Huh, selesai lagi satu bab. Alhamdulillah, rasanya dah tak ada benda lagi yang kami nak buat. Just beli barang sikit-sikit jerk.

Lepas ni, just tunggu  tarikh kami jerk...huhu...debar pulak tiba2  eh... Semoga semuanya berjalan lancar.