BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 30 October 2012

Bajet Chenta

      Sejak dari Mr.H melamar aku, kami sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan kami. Banyak tempat yang kami survey supaya kami mendapat harga barang-barang yang berpatutan. Dari  segala kelengkapan barang hantaran, dulang hantaran, doorgift dan sebagainya. Baru aku tahu, banyaknya nank guna duit ek. Cukup ke tak agaknya duit yang aku ada. Dah la baru kerja. Gaji pun tak berapa nak banyak sangat. Faham-faham je la gaji cikgu je. Berapa la sangat kan. Ok la, meh aku kongsi cara-cara membuat persiapan dengan teratur.

     Mula-mula korang kena la buat draft untuk majlis tersebut. Dan yang di bawah ni draft terakhir tuk majlis ni...


BAJET MAJLIS PERTUNANGAN ain & hafiz
Hari : AHAD
Tarikh : 11.11.2012
Masa pertunangan : 11.00 AM


Tema Warna :
Sebelah perempuan : PINK + PUTIH
Sebelah lelaki : PEACH + PINK

Busana Pertunangan:
Baju kurung moden
RM 258

Barangan Hantaran Pihak Perempuan:
1
Daun sirih
RM
Catatan
2
Al-Quran + Indahnya hidup bersyariat
RM

3
Baju pasang
RM

4
Kain pelekat + songkok
RM

5
Samping
RM

6
Tuala


7
Cup cake
RM

8
Coklat


9
Buah
RM


JUMLAH
RM 1424
Hiasan + dulang

Barangan Hantaran Pihak Lelaki:
1
Sirih junjung + cincin + RM100
RM
Catatan
2
Tepak sirih
RM

3
Telekong
RM

4
Tuala
RM

5
Baju pasang
RM

6
Cup cake
RM

7
Buah
RM


JUMLAH
RM 2061
Hiasan + dulang + baju tunang


Mini Pelamin:
Ellif Bridal
RM 750
  

Fotografer (friend) : RM 100




Cenderahati Tetamu:
Paper bag X 100
RM 200
-       Plastik
-       Gula-gula
-       Kuih pokadot
-       Coklat
RM
RM
RM 15 X 4 box = 200 biji

RM
Doorgift x 60
RM 250
-       Frame
X 60 keping
STICKER
RM 100
 JUMLAH
RM 500


MAKANAN :
Pak Long  @ catering (100 org)
10 & 11 hb
JUMLAH
RM 1100


JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN L+P 
= RM 6093




 haaaaaaaaa......mesti korang terkejut kan tengok draft ni. waaaa besarnya belanja. Bukanlah nak menunjuk-nunjuk tapi hanya berkongsi. TAPI inilah bajetnya yang ada. Orang kata ukur baju di badan sendiri. Setelah mentelaah semula draft ini, kami pun analise semula. Rasa macam berbelanja besar ni. Kami kurangkan mana yang tidak perlu dan hanya BERI YANG WAJIB sahaja.  Dan inilah hasilnya....
...................................oppppssssssssssssssss.... besar jugak belanja ni... bak kata orang anak pertama buat majlis... apa2 jelah.. yang penting semuanya berjalan lancar... Alhamdulillah............

Thursday 18 October 2012

DIARI CHENTA (5)


EPISOD 5

            Tanggal 15.09.2012 -  17.09.2012, Mr.H berkunjung ke rumah. Kami sampai selepas zohor. Sebelum sampai rumah tu, kami cari la tempat Mr.H nak tidur untuk 2 hari ni. Check in hotel dulu. Kemudia terus ke rumah aku. Suka bila mak kata mukanya hensyem sebab aku bukanlah orang yang melihat dari segi rupa tetapi hati budinya.. huhu… Mr.H pandai menyesuaikan diri, peramah dan berbudi bahasa. Cakap pun sopan je. Yang kelakarnya, kemana ayah duduk kat situ la dia berborak jugak. Orang kata tak kekok la. Mr.H pun berani. Petang tu jugak dia menyatakan hasrat dia untuk menghantar rombongan meminang.

Situasinya lebih kurang begini. Aku memanggil ayah dan mak ke depan. Mr.H nak cakap sesuatu. Setelah semuanya duduk di ruang tamu. Mr.H berkata : ayatnya berbunyi begini…

            “Macam ni, saya dah kenal dia lebih kurang sebulan, tapi minggu lepas la baru jumpanya. Kami pun dah setuju nak hidup bersama. Orang kata tak elok la kan keluar berdua tanpa ikatan apa-apa. Jadi, nak minta izin la kat pak cik dan mak cik, kalau boleh nak bawa rombongan meminang. Cadangnya bulan 11 nanti. Kalau pak cik dan mak cik izinkan boleh la saya bawa rombongan tersebut”. …. Ayah dengan mak pun setuju. Huh…sape la yang tak mahu menantu macam tu kan. Berani berterus terang.

Dalam hati aku…beraninya Mr.H ni. Bersungguh-sungguh betul dia nak dengan aku…hehe
Petang tu, ayah bawa Mr.H balik kampung ayah. Ayah nak gunting rambut. Aku pun ikut la sekali, kalau tak nanti terpinga-pinga pulak Mr.H kan. Berbual dengan Mak Uteh dan Tok Usu. Alhamdulillah, Mak Uteh pun berkenan sangat dengan Mr.H. Huh!!! maknanya aku tak salah pilih orang la ek… Semoga Allah berkati kami la ye…
         
        Keesokkannya, Mak dan Mak Dak buatkan kami nasi ayam. Makan ramai-ramai dengan family aku. Ramai juga la. Penuh 1 dapur. Rupa-rupanya Mr.H memerhatikan aku buat kerja di dapur. Ok la, dia kata aku pandai jugak la buat kerja kat dapur. Cuma Mr.H tak berkenan beberapa perkara je. Yang tu biarlah rahsia. huhu….
            
        Petang tu, Mr.H bawa aku me’raound’ Bandar Segamat untuk mencari kedai Andaman. Dah siap servey kat internet lagi kedai-kedai yang ada di Segamat ni. Aku pulak yang tak kisah tu semua. Bersungguh-sungguh betul ni. Jadi, aku pun perlu bersedia dari sekarang ni. Setelah pusing-pusing satu Bandar, akhirnya jumpa sebuah kedai yang kena dengan citarasa Mr.H. Aku memang tiada pengalaman dalam bab ni. Jadi, semua keputusan dibuat oleh Mr.H. Atleast Mr.H pandai la, pilihan beliau pun not bad la. Cantik-cantik jugak. So, kami memilih untuk mengambil Ellif Bridal sebagai hiasan pelamin dan Andaman di majlis pertunangan kami nanti. Huh, settle satu perkara. Seterusnya, kami servey hotel untuk penginapan keluarga Mr.H nanti. Kami berbincang tentang persiapan majlis pertunangan di Secret Recepi. Banyak perkara yang perlu dibincangkan. Antaranya ialah :

i)...Tema majlis pertunangan nanti. (ok, decide nak warna pink,peach & putih)
ii)...Barang-barang hantaran, nak bagi apa? berapa dulang? bajet berapa? siapa yang akan gubah hantaran (ok, decide, Kakak Mr.H yang akan buat hantaran tersebut.)
iii)...Baju tunang, nak beli or sewa pada kakak Mr.H.
iv)...Fotografer??? (ok, My friend nak sponsor)
v)...Doorgift (ok, aku terfikir nak bagi frame gambar dengan tulisan “we’re engaged”, ok, esok my friend datang rumah untuk design) + makanan dalam paper doorgift.
vi)...Masa family pihak lelaki datang pukul berapa??? berapa orang???

So, selesai beberapa perkara. Syukur,Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Aku bekalkan Mr.H nasi ayam untuk makan malam. Huhu..kesian Mr.H, dah la sedang berdiet tapi berselera makan di rumah aku. Tak pelah, bukan selalu kan, 3 hari langgar pantang.

           Hari terakhir di kampung, ayah tangkap ayam kampung untuk dimasak lemak cilia pi. Berselera lagi Mr.H makan ye. Mak bungkuskan bekal untuk aku & Mr.H bawa balik ke JB. Mr.H bawa aku ke Legoland. Wah bestnya..tapi kami tak masuk pun kat dalam sebab tempat tu masih dalam pembikinan lagi. Jadi tak berbaloi dengan harganya. Lebih baik duitnya disimpan untuk beli barang hantarankan. lalala…
            
      Huhhh….dah selesai ujian Mr.H di kampung aku. Aku??? belum diuji lagi. Bila pula untuk aku ke kampungnya dan berjumpa family beliau kan… huhu… berdebarnya….

Sunday 14 October 2012

DIARI CHENTA (4)


EPISOD 4

“Haluuuuu….haaa…mesti ada yang tertunggu-tunggu kan…ok meh aku sambung cerita dari episode yang sebelum ini…”

            Aku hanya bertanya satu  soalan sahaja iaitu

1)…awak pandai mengaji??? 

          Alhamdulillah, Mr.H lepas walaupun bukannya mengaji seperti seorang qari di tv tu. Mr.H kata soalan saya aras tinggi. Bukannya aku sengaja bertanya seperti itu, tetapi untuk masa depan bakal anak-anak kami juga. Seorang bapa mestilah pandai mengaji sebelum menyuruh anaknya mengaji. 
           
            Setelah sesi soal jawab yang wajib habis, ha yang ni paling dinanti-nanti oleh setiap kaum hawa di dunia ini. Saat seorang lelaki melamar mereka menjadi isteri. Mr.H memulakan langkah romatiknya dengan soalan….”SUDIKAH AWAK MENJADI SURI HATI SAYA???” Di saat itu aku tidak tahu ingin berkata apa. Jantung aku seperti terhenti seketika walaupun kaki aku menghayun ke depan dan belakang. Sudah lama aku nantikan saat seperti ini dalam hidup. Aku hanya tertunduk malu dan tidak menjawab apa-apa. Orang kata diam tanda setuju. Mr.H memahami maksud itu dan berkata Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa juga pemilik tulang rusuk saya. Sesungguhnya perancangan Allah jua yang terbaik. Mr.H : Minggu depan saya jumpa mak ayah awak? Dalam hati aku ni, Ya Allah, macam ni la kan orang yang betul-betul nak mencari seorang isteri. Memang nampak keikhlasan dan ketelusannya. Bak kata mak, kalau kita buat solat istikharah, tak semestinya mendapat petunjuk dari mimpi sahaja, mungkin Allah permudahkan jodoh kita. Mungkin, inilah hasil solat istikharah yang telah aku buat sebelum ini. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat. Semoga dialah lelaki yang akan menjadi imam dalam solatku kelak. Insya Allah.

“Huhu…debor eh…. apa la akan jadi minggu hadapan kan… nantikan episod seterusnya… lalala”

DIARI CHENTA (3)


EPISOD 3

“Hari ni aku nak bercerita sesi pertemuan kami pulak, so, selamat membaca la ye…”

Tanggal 9.9.2012 – Kami bersetuju untuk berjumpa setelah lebih kurang sebulan berkenalan di telefon. Selama ini, hanya Mr.H sahaja yang tahu bagaimana rupa aku. Dan aku hanya melihatnya samar-samar di facebook kerana tidak pasti yang manakah gerangan di image fb tersebut. Sebelum berjumpa dengannya, aku melakukan solat sunat hajat 3 kali berturut-turut supaya lelaki yang hadir dalam hidupku kali ini akan menjadi jodohku dan lembutkanlah hatiku untuk menerima dirinya seadanya tanpa mengira rupa paras dan harta kebendaan. Cukuplah jika beliau seorang yang beragama dan mempunyai 3 key.

Apakah itu 3 key? Bak kata Ustaz Badrisyah dalam ceramahnya di Al-Kuliah TV3…3 key ialah

1…Kunci pejabat – bermaksud telah mempunyai pendapatan.
“Memang la aku dah berpendapatan kan, tapi tak kan aku yang nak menyara suami pulak kan…huhu. Mestilah suami itu seorang yang mampu memberi nafkah zahir bukanlah batin semata-mata…”

2…Kunci kereta – bermaksud telah mempunyai kenderaan.
“Sekurang-kurangnya kereta. Macam mana nak meghantar isteri sakit nak bersalin jika tiada kereta kan. Tak kan nak hantar isterri naik motor. Bak kata ustaz tu la…aku ulang je…huhu”

3…Kunci rumah – bermaksud ada tempat berteduh.
“Jika tak mampu beli rumah pun ada la rumah untuk disewa. Nama pun isteri nank duduk dengan suami kan…” ok sambung cerita semula..

            Setelah menetapkan tarikh, Mr.H mengambil aku di rumah. Masuk ke dalam kereta, aku diberi surprise!!! 3 kuntum bunga ros berwarna merah.

“Apakah tandanya tu…anda faham-faham sendiri la ye.”
           
Mr.H membawa aku ke Danga Bay untuk kami lebih mengenali antara satu sama lain. Kami berbual, berbosak di samping sesi soal jawab antara kami. Antara soalan serius yang ditanyakan oleh Mr.H adalah

1…awak pandai mengemas rumah???
“Insyallah pandai. Yelah anak sulung kan. Mesti la pandai mengemas. Kalau parents pergi kerja, aku la jadi mangsa mengemas rumah.”

2…awak pandai jaga baby???
“saya pernah jadi baby siters semasa cuti sem. ceee wahhh… untung juga aku amik tender tu masa cuti sem kan… Berbaloi-bali…huhu” Tapi sebenarnya, bila perempuan ni dah bergelar ibu, automatik pandai la jaga anak. betul tak???

3…awak pandai memasak???
“saya tak la pandai memasak seperti seorang chef. Cukup la apabila orang makan masakan saya menambah nasi 2 3 kali… Lagi pun mak saya tak bagi saya masak kalau dia di dapur Lagi pun, saya belajar, so, tidak banyak masa di kampung untuk belajar memasak…. fuyohhhh….backup diri sehhh…haha”
            
Alhamdulillah, aku lepas kesemua soalan tersebut.

“Tapi tak adil kalau Mr.H je yang Tanya soalan, aku pun nak Tanya. So, apa ye yang aku tanya…???  emmmm…..issshhhh tak surprise la kalau tahu hari ni… mungkin lain kali… haha…mesti geram kan… ok nextttttt…..tungguuuuuuuu….

DIARI CHENTA (2)


EPISOD 2

“Sesiapa yang mengikuti blog ni, mesti tertanya-tanya kan, siapalah yang telah menawan hati aku? Emmm… aku gelar dia sebagai Mr.H la ye…”

            Pada 7 – 9 Ogos 2012, aku diminta untuk pergi ke Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Permulaan Bil-4 Tahun 2012 yang bertempat di Hotel Warisan Dunia, Melaka. Di sinilah bermulanya pertemuan  dua mata di mana hanya Mr.H sahaja yang melihat kelibat aku lalu di depan pintu masuk hotel tersebut dan beliau tergerak untuk mengenali aku. Kenapa Mr.H ada di situ ya??? oooo…Mr.H menghantar isteri kepada kawannya yang mengikuti kursus yang sama. Kebetulan, isteri kawan Mr.H adalah kawan saya juga. Dan dari itulah Mr.H merisik daripada kawan aku untuk meminta nombor telefon dan hendak berkenalan dengan aku. Pada malam terakhir di hotel, kawan saya pun bertanya kepada aku, ada orang hendak berkenalan. macam biasalah, jawapan aku tetap ‘no komen’. Pada pendapat aku la, mana-mana lelaki yang betul-betul nak pada kita, dia akan berusaha untuk mendapat wanita tersebut kan. Bukan main tunggu bulan jatuh ke riba je. Sebenarnya, pada waktu yang sama, ramai kawan-kawan aku yang ingin memperkenalkan aku dengan kawan-kawan lelaki mereka. Ada la lebih kurang 5 orang yang hendak berkenalan. Tapi jawapan aku tetap sama, no komen. Jadi, di sini jelas menampakkan bahawa, Mr.H betul-betul tulus untuk berkenalan dan dan berjaya membuat aku tertarik untuk mengenali beliau juga. Nampak kegentleman beliau untuk betul-betul mengenali aku. Tidak macam lelaki lain. Orang kata ‘Tak kenal maka tak cinta’. Dalam pada itulah, kami berkenalan melalui telefon. Hanya mendengar celoteh suara masing-masing. Dalam pada itu juga aku terpikat mendengar suara Mr.H yang lembut dan sopan bila berkata-kata. Terserlah budi bahasa beliau yang baik walaupun tidak tahu bagaimana rupa beliau yang sebenarnya. Jadi, macam itulah cara kami berkenalan. Pada asalnya, di samping niat pergi ke kursus tersebut ingin belajar, tetapi aku telah selitkan dengan niat lain iaitu untuk mencari jodoh. Tak sangka pula ianya menjadi kenyataan. Macam tak percaya pun ada juga. Tapi itulah, perancangan Allah juga yang terbaik. Syukur Alhamdulillah.

“huhu….setelah habis bercerita sesuatu cerita, mesti Mr.H berkata “itulah ceritanya”….. So, inilah ceritanya….” Adakah kami ingin berjumpa??? Tunggu…..”

Friday 12 October 2012

DIARI CHENTA (1)


EPISOD 1

            Sejak kecundang dalam epilog cinta yang dibina selama 3 tahun, aku masih meneruskan kehidupan yang belum pasti ada sinar bahagia di penghujungnya. Namun, aku masih meneruskan hidup yang serba-serbi diuji oleh dugaan hidup. Perlahan-perlahan aku cuba untuk melupakan kisah silam tersebut. Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran itu, aku berjaya meupakan sejarah silam tersebut. Bak kata orang, hidup mesti diteruskan. Kawan-kawan disekeliling banyak membantu untuk melupakan penderitaan yang aku alami. Berkat doa yang tidak henti-henti juga menyebabkan kisah tersebut semakin hari semakin pudar dari ingatan ini. Sekarang, aku menjadi seorang yang tabah, berani dan pandai berdikari. Dengan itu, aku telah berniat pada diri aku untuk mencari lelaki yang sejati.

“Ceh wahhh!!! tak boleh bla betul intro aku…haha…saja je… ok la, sekarang mari hayati pula kisah lelaki sejati yang ingin aku cari ini… siapakah yang berjaya menawan hati aku???? tetttt….kalau nak tahu kenalah tunggu episode 2… sekarang ni mata sudah mengantuk dan mahu beradu… 
keh keh keh… nite!”