BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 2 January 2013

First day sekolah di tahun 2013

Assalamualaikum...

Diam tak diam dah setahun aku bergelar sebagai seorang guru. Banyak dugaan dan liku-liku yang berjaya ditempuh pada tahun sebelum. Pelbagai macam ragam dan kerenah pelajar yang aku temui. Ada yang suka buat aku ketawa, ada yang suka buat aku tergelak sorang-sorang, ada yang bagi bear, ada yang buat aku rasa nak marah dan tak ketinggalan bagi mereka yang telah buat aku menangis di sekolah terutamanya pelajar-pelajar nakal...

Hari sebelum sekolah...
Tah kenapalah,, aku rasa yang teramat sangat nak menangis. Serupa hok budak yang nak masuk darjah 1 tu. Hui....tak tahu la nak cakap macam mana. Pada siapalah yang patut aku mengadu. Nak ngadu pada En.Tunang rasa macam tak patut plak. Ke sebab perubahan hormon perempuan aku jadi macam tu. 
Oleh itu, bagi meredakan rasa hendak menagis ni, aku menagis ketika membaca yasisin. Air mata ni jatuh berjurai-jurai. Namun, setelah itu perasaan rasa nak menagis reda. Mungkin sebab hati seorang perempuan yang tidak boleh menyimpan masalah yang dibebani seorang diri. Huhhhh...lega dah...

Malam sebelum sekolah...
Walaupun masih terasa mood cuti, hati ni diberatkan untuk bersedia bagi persekolahan hari esok. Mungkin mood bekerja belum ada lagi, kerana tiada bahan perangsang seperti baju baju. Tahun ni tak dan la nak beli baju baru, duit telah dibelanjakan untuk persiapan perkahwinan. Jadi terpaksa menangguhkan daripada beli yang tidak penting. Emmm tak pelah, pasni fuure husband boleh belikan deh... Motivasi diri nih...huhu
Tidur awal dari biasa, setelah dapat wish dari En.Tunang, semoga hepi di sekolah esok. So, ada la mood hepi sedikit.

Hari pertama di sekolah pada tahun 2013...
Dimulai dengan bismillah...
Disertai dengan hujan rahmat... Mungkin pembuka hari yang sejuk bagi guru-guru dan pelajar-pelajar.
Bila tengok jadual...huhhhh kelas penuh la hari ni. Ada 8 waktu...

Kelas pertama : 2 Seroja : PJ: 7.30-8.10 am
Pemula kelas yang baik bagi aku. Bila berada di kelas paling pandai ni. Aku buat la menyinga sikit, pelajar dah takut dan duduk di tempat masning. Tiada sesi pengenalan diri, aku ambil kedatangan dan terus memulakan p&p. Seronoknya bila pelajar duduk diam ditempat masing-masing. Kelihatan muka ketakutan diraut wajah pelajar apabila memandang aku. 

Kelas kedua : 1 Dahlia :  PJ : 8.10-8.50 am
Hok ni payaoh sikit ni. Kelas peralihan A tahun lepas. Aku dah termanjakan diorang ni. Emm payoh la aku nak buat muka bengis... Lagi pun tak sampai hati nak marah-marah.. Jadi cool jerk.. Mujurlah masing-masing duduk tempat sendiri...

Kelas ketiga : 2 Cempaka : KH(ERT) : 8.50-10.10 am
Kelas ni pun best, sebelum ke bengkel ERT aku dah basuh mereka di kelas. Mesti beratur pabila hendak ke bengkel dan beratur sebelum masuk di bengkel. Perempuan semuanya, jadi tiada masalah sangat. Mereka pun dan baik dengan aku. Bekas student pj tahun lepas.

10.10-10.30 am
Ni jelah masa untuk aku rehat.. Jadi mari pergi makan...

Kelas keempat : 2 Mawar : KH(ERT) : 10.30-11.50 am
Hok kelas ni bengkeng sikit ni. Walupun pelajarnya hanya 11 orang tapi macam mengawal pelajar seramai 111 orang. Nakal la... Kelas hujung memang lagu ni. Ishhh aku garang ia melawan, Jadi, tak pe, kena takle hati mereka dulu ni... Dah lama-lama, ok mereka boleh terima. Kena guna psiko jugak rupanya...

Kelas kelima : 2 Dahlia : PK : 11.50-12.30 pm
Kelas ni pun tak de masalah. Dah mengajar tahun lepas. Diorang ok, cuma 2 3 orang je yang bisingnyer. But its ok la... Sampai aku minta kebenaran diorang untuk duduk. Penatnyer la hai.. dari pagi tadi kelasnya..

Selepas 12.30 pm...
Balik bilik guru, Si Juliey bagitahu, Ain, aku ingat ko tak datang tadi, rasanya pagi tadi aku cakap dengan ko. Satu hari tak nampak ko hari ni. Aku pun jawab, tengok la jadual aku, 8 masa kot hari ni. Ish3, kesiannya ko In....

Kelas keenam : Peralihan A dan B : PK : 1.10-1.50 pm
Mujurlah time ni mereka dipanggil untuk orientasi, boleh la aku rehat sikit... Huh...rasa nak tercabut urat kaki ni.. Banyaknyer kelas hari rabu ni... Tak dan nak rehat... Nasib badan la...

Gini la citanyer di hari pertama persekolahan 2013. Moga semuanya berjalan dengan lancar...
Berilah kekuatan pada diriku ini Ya Allah.... Amin...