BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 14 October 2012

DIARI CHENTA (4)


EPISOD 4

“Haluuuuu….haaa…mesti ada yang tertunggu-tunggu kan…ok meh aku sambung cerita dari episode yang sebelum ini…”

            Aku hanya bertanya satu  soalan sahaja iaitu

1)…awak pandai mengaji??? 

          Alhamdulillah, Mr.H lepas walaupun bukannya mengaji seperti seorang qari di tv tu. Mr.H kata soalan saya aras tinggi. Bukannya aku sengaja bertanya seperti itu, tetapi untuk masa depan bakal anak-anak kami juga. Seorang bapa mestilah pandai mengaji sebelum menyuruh anaknya mengaji. 
           
            Setelah sesi soal jawab yang wajib habis, ha yang ni paling dinanti-nanti oleh setiap kaum hawa di dunia ini. Saat seorang lelaki melamar mereka menjadi isteri. Mr.H memulakan langkah romatiknya dengan soalan….”SUDIKAH AWAK MENJADI SURI HATI SAYA???” Di saat itu aku tidak tahu ingin berkata apa. Jantung aku seperti terhenti seketika walaupun kaki aku menghayun ke depan dan belakang. Sudah lama aku nantikan saat seperti ini dalam hidup. Aku hanya tertunduk malu dan tidak menjawab apa-apa. Orang kata diam tanda setuju. Mr.H memahami maksud itu dan berkata Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa juga pemilik tulang rusuk saya. Sesungguhnya perancangan Allah jua yang terbaik. Mr.H : Minggu depan saya jumpa mak ayah awak? Dalam hati aku ni, Ya Allah, macam ni la kan orang yang betul-betul nak mencari seorang isteri. Memang nampak keikhlasan dan ketelusannya. Bak kata mak, kalau kita buat solat istikharah, tak semestinya mendapat petunjuk dari mimpi sahaja, mungkin Allah permudahkan jodoh kita. Mungkin, inilah hasil solat istikharah yang telah aku buat sebelum ini. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat. Semoga dialah lelaki yang akan menjadi imam dalam solatku kelak. Insya Allah.

“Huhu…debor eh…. apa la akan jadi minggu hadapan kan… nantikan episod seterusnya… lalala”

DIARI CHENTA (3)


EPISOD 3

“Hari ni aku nak bercerita sesi pertemuan kami pulak, so, selamat membaca la ye…”

Tanggal 9.9.2012 – Kami bersetuju untuk berjumpa setelah lebih kurang sebulan berkenalan di telefon. Selama ini, hanya Mr.H sahaja yang tahu bagaimana rupa aku. Dan aku hanya melihatnya samar-samar di facebook kerana tidak pasti yang manakah gerangan di image fb tersebut. Sebelum berjumpa dengannya, aku melakukan solat sunat hajat 3 kali berturut-turut supaya lelaki yang hadir dalam hidupku kali ini akan menjadi jodohku dan lembutkanlah hatiku untuk menerima dirinya seadanya tanpa mengira rupa paras dan harta kebendaan. Cukuplah jika beliau seorang yang beragama dan mempunyai 3 key.

Apakah itu 3 key? Bak kata Ustaz Badrisyah dalam ceramahnya di Al-Kuliah TV3…3 key ialah

1…Kunci pejabat – bermaksud telah mempunyai pendapatan.
“Memang la aku dah berpendapatan kan, tapi tak kan aku yang nak menyara suami pulak kan…huhu. Mestilah suami itu seorang yang mampu memberi nafkah zahir bukanlah batin semata-mata…”

2…Kunci kereta – bermaksud telah mempunyai kenderaan.
“Sekurang-kurangnya kereta. Macam mana nak meghantar isteri sakit nak bersalin jika tiada kereta kan. Tak kan nak hantar isterri naik motor. Bak kata ustaz tu la…aku ulang je…huhu”

3…Kunci rumah – bermaksud ada tempat berteduh.
“Jika tak mampu beli rumah pun ada la rumah untuk disewa. Nama pun isteri nank duduk dengan suami kan…” ok sambung cerita semula..

            Setelah menetapkan tarikh, Mr.H mengambil aku di rumah. Masuk ke dalam kereta, aku diberi surprise!!! 3 kuntum bunga ros berwarna merah.

“Apakah tandanya tu…anda faham-faham sendiri la ye.”
           
Mr.H membawa aku ke Danga Bay untuk kami lebih mengenali antara satu sama lain. Kami berbual, berbosak di samping sesi soal jawab antara kami. Antara soalan serius yang ditanyakan oleh Mr.H adalah

1…awak pandai mengemas rumah???
“Insyallah pandai. Yelah anak sulung kan. Mesti la pandai mengemas. Kalau parents pergi kerja, aku la jadi mangsa mengemas rumah.”

2…awak pandai jaga baby???
“saya pernah jadi baby siters semasa cuti sem. ceee wahhh… untung juga aku amik tender tu masa cuti sem kan… Berbaloi-bali…huhu” Tapi sebenarnya, bila perempuan ni dah bergelar ibu, automatik pandai la jaga anak. betul tak???

3…awak pandai memasak???
“saya tak la pandai memasak seperti seorang chef. Cukup la apabila orang makan masakan saya menambah nasi 2 3 kali… Lagi pun mak saya tak bagi saya masak kalau dia di dapur Lagi pun, saya belajar, so, tidak banyak masa di kampung untuk belajar memasak…. fuyohhhh….backup diri sehhh…haha”
            
Alhamdulillah, aku lepas kesemua soalan tersebut.

“Tapi tak adil kalau Mr.H je yang Tanya soalan, aku pun nak Tanya. So, apa ye yang aku tanya…???  emmmm…..issshhhh tak surprise la kalau tahu hari ni… mungkin lain kali… haha…mesti geram kan… ok nextttttt…..tungguuuuuuuu….

DIARI CHENTA (2)


EPISOD 2

“Sesiapa yang mengikuti blog ni, mesti tertanya-tanya kan, siapalah yang telah menawan hati aku? Emmm… aku gelar dia sebagai Mr.H la ye…”

            Pada 7 – 9 Ogos 2012, aku diminta untuk pergi ke Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Permulaan Bil-4 Tahun 2012 yang bertempat di Hotel Warisan Dunia, Melaka. Di sinilah bermulanya pertemuan  dua mata di mana hanya Mr.H sahaja yang melihat kelibat aku lalu di depan pintu masuk hotel tersebut dan beliau tergerak untuk mengenali aku. Kenapa Mr.H ada di situ ya??? oooo…Mr.H menghantar isteri kepada kawannya yang mengikuti kursus yang sama. Kebetulan, isteri kawan Mr.H adalah kawan saya juga. Dan dari itulah Mr.H merisik daripada kawan aku untuk meminta nombor telefon dan hendak berkenalan dengan aku. Pada malam terakhir di hotel, kawan saya pun bertanya kepada aku, ada orang hendak berkenalan. macam biasalah, jawapan aku tetap ‘no komen’. Pada pendapat aku la, mana-mana lelaki yang betul-betul nak pada kita, dia akan berusaha untuk mendapat wanita tersebut kan. Bukan main tunggu bulan jatuh ke riba je. Sebenarnya, pada waktu yang sama, ramai kawan-kawan aku yang ingin memperkenalkan aku dengan kawan-kawan lelaki mereka. Ada la lebih kurang 5 orang yang hendak berkenalan. Tapi jawapan aku tetap sama, no komen. Jadi, di sini jelas menampakkan bahawa, Mr.H betul-betul tulus untuk berkenalan dan dan berjaya membuat aku tertarik untuk mengenali beliau juga. Nampak kegentleman beliau untuk betul-betul mengenali aku. Tidak macam lelaki lain. Orang kata ‘Tak kenal maka tak cinta’. Dalam pada itulah, kami berkenalan melalui telefon. Hanya mendengar celoteh suara masing-masing. Dalam pada itu juga aku terpikat mendengar suara Mr.H yang lembut dan sopan bila berkata-kata. Terserlah budi bahasa beliau yang baik walaupun tidak tahu bagaimana rupa beliau yang sebenarnya. Jadi, macam itulah cara kami berkenalan. Pada asalnya, di samping niat pergi ke kursus tersebut ingin belajar, tetapi aku telah selitkan dengan niat lain iaitu untuk mencari jodoh. Tak sangka pula ianya menjadi kenyataan. Macam tak percaya pun ada juga. Tapi itulah, perancangan Allah juga yang terbaik. Syukur Alhamdulillah.

“huhu….setelah habis bercerita sesuatu cerita, mesti Mr.H berkata “itulah ceritanya”….. So, inilah ceritanya….” Adakah kami ingin berjumpa??? Tunggu…..”