BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 16 November 2012

HANTARAN CHENTA

Assalamualaikum...

haaaa nila hantaran aku kepada pihak lelaki...

1) sirih junjung
dulang + separuh daun sireh...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister)
separuh lagi hok bawah tu, direka oleh my cousin...


2) Baju pasang (turquoise color)
...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister)

3) Songkok + kain pelekat
...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister)

4) Samping
nak pakai masa nikah ni...
...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister)

5) Tuala
beli kat The Zon... masa sale.... tuala mahal dapat la murah sikit...
...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister)

6) Buah
dulang ...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister)
but buah-buah tersebut aku buat masa pagi sebelum bertunang...hehe.. inspirasi majalah pengantin..

7) Al-Quran + Buku Indahnya Hidup Bersyariat
dulang ...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister), buku + Al-quran aku ikat dengan riben jerk...huhu

8) Coklat ferrerorosye + tebleron
beli di The Zon JB (bebas cukai) murah la katanya...
dulang ...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister), coklatnya aku hias pagi sebelum majlis tunanag... 
ilham sendiri...hehe

9) Cup cake
...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister)
kek ditempah khas dari my cousin, ceritanya:
selepas balik sekolah jumaat tu, tunggu di highway Senai, sampai tertidur di tepi jalan menunggu my cousin datang hantar cup cake..
hiasan tu my couisn jugak yg buat pagi sebelum tunang...

ok, ni la hantaran bagi pihak perempuan untuk diberi pada pihak lelaki...
nak tahu hantaran lelaki tak???
tetttt,....next cerita la ye...
bye..

Di Saat Menjadi Tunangan Mr.H


Ok, meh nak cerita masa majlis pertunangan kami.
Dimulakan dengan 7.11.12, orang-orang Ellif Bridal pasang pelamin.
Ni la hasilnya….


8.11.12, proses menyiapkan baju tunang kami. Tacap sikit-sikit. Ada cerita disebalik baju tunang kami ni. Baca la cerita tentang baju koboi kami yek…

9.11.12, perjalanan aku pulang dari JB. Merenovate bilik tidur. Mungkin la orang tak kan masuk bilik, tapi  mak aku bising jerk. Katanya bilik pengantin mesti cantik. Yelah, aku ikutkan aje. Then jadi la seperti ini... Bilik pengantin buatan sendiri...haha
Lari tema kot....ahhhh ikutkan aje la...nak sangat kn...
Nampak tak dulang hantaran tu...next time aku cite ek...hehe

Tanggal 10.11.12 keluarga Mr.H tiba di Segamat, lebih kurang jam 3 petang. Mereka manginap di ID Hotel Segamat. Jarak dari rumah aku lebih kurang 10 km. Hati ni rasa dah mula rasa berdebar. Aku langsung tak pernah jumpa family Mr.H lagi tau. Jadi, pada sebelah malam, family aku menjemput family Mr.H untuk makan malam. Katanya untuk mengenali dengan lebih rapat sebelum majlis pertunangan pada esoknya. Family Mr.H tiba di rumah aku dalaam pukul 9 malam. uiihhhh berdebarnya aku tapi rileks2 sudah…haha… Aku bersalaman dengan semua ahli keluarganya (perenpuan je tau). Ramainya kakak-kakak dia. Hanya kakak sulong dia yang memperkenalkan diri. Ni kakak sulong H…., katanya. Aku pun banyak berbual dengan kakak sulong dia. Peramah orangnya. Family aku menjemput semua family Mr.H makan.

Menu : nasi putih+ikan caru bakar bersalut sambal+nangka masak lemak+pisang masak lemak+air the o+buah rambutan.

Seronok bila masing-masing kata makanan sedap-sedap belake. Rupa-rupanya kat belah-belah sana tak pernah buah pisang masak lemak. Bak kata kakak sulongnya, macam nak ratah je sayur-sayur tu. Suka sayur semuanya.

Lepas makan, family-family kami berbual lagi. Kakak sulong dia tak tahu macam mana kami boleh berkenalan. Cuba cerita sikit. Nak tahu jugak. Alamak, bila dah ditanya tu, terpaksa la cerita ek… Aduh, yang si Mr.H ni dah pandang-pandang aku dah. Tadah telinga jugak kot. Aduiiii malunya la hai… dah shine shine dah muka ni…huhu

Tanggal 11.11.12, ni la hari pertunangannya…
8.00 am : Kedatangan Mak Andam (Kak Zila+Untie Ina), orang tak pernah make up kan,letih jugak rupanya.
bak kata untie pulak, ishhh aku tak boleh la tengok budak ni, macam nak tambah aksesori lagi, nak jadikan macam princes… aduiiii, dah la untie.. tunang je ni…
dan ini la hasilnya…


10.30 am : Family Mr.H tiba di rumah aku. Mereka disambut masuk oleh family aku. Bermulalah sesi perbincangan antara 2 family ni. Family Mr.H diwakili oleh abangnya. Family aku pula diwakilkan Tok Su sebagai juru cakapnya. Ruginya tak rakam masa perbincangan tersebut. Setelah berbincangan, dapat la tarikh perkahwinan kami. (23.03.13). Insyallah. Bak kata family Mr.H, tak nak tunang lama-lama. Bagus la macam tu…

11.15 am : aku dipanggil keluar untuk disarungkan cincin. Semua orang tertumpu pada aku. Aduh…malu seiii… Tapi aku dah biasa berdepan dengan orang ramai… redah je la… kui3
Kakak sulongnya menyarungkan cincin tunang di jari manis sebelah kanan dan cincin merisik di jari manis sebelah kiri dengan lafaz Bismillahirahmanirahim… Alhamdulillah, di saat itu aku telah menjadi tunangan Mr.H. Aku bersalaman dengan kakaknya tanda terima kasih.
haaaa… lepas ni yang aku ble ni tak tahu nak buat apa. Aku pun dengan menonongnya gi masuk bilik. Patutnya aku pi salam dengan semua orang. Alamak, spoil sikit kat sini. Ble giler masa tu. Aku pun cakap kat untie, nak keluar semula untuk salam dengan semua orang. Tah apa untie tu cakap dekat luar, aku pun disuruh keluar semula untuk salam dengan semua orang. huuuuu lega sikit bila dah salam dengan semua orang.

11.45 am : sesi bacaan tahlil bagi memberkati majlis kami. Semoga hubungan kami ini diberkati. Amin.

12.15 pm : semua tetamu dijemput untuk makan tengah hari.
Menu : nasi minyak kukus+ayam masak merah+kari daging+sayur campur goring+aca+air oren
Masing-masing berselera makan, sedap katanya.

12.30 pm : sesi fotografi antara aku+Mr.H bersama ahli keluarga. Aku tengok Mr.H macam terkejut kot tengok aku. Ye la, sebelum ni aku mana penah make up, pakai tepek bedak jerk. Ye lain mukanya bila kene make up…. Cantik kot…haha perasan ek…
Hujan turun sekejab, Alhamdulillah, mungkin hujan rahmat.
1.15 pm : kepulangan family Mr.H. Aku menghantar family dia pulang. Dari satu kereta ke satu kereta aku gi. Bersalaman dengan mereka. Semoga perjalanan pulang ke Terengganu selamat belake.

Mr.H dengan kawannya si fotografer pulak, tunggu lagi kat rumah. Bak kata ayah, macam tak nak lepaskan aku jerk..haha. Sementara itu, family aku pun, masing-masing mula berangkat pulang.

2.30 pm : tetamu ramai yang dah pulang, tinggal la adik-beradik aku je kat rumah, yang lain ada kat rumah atuk kot. Kami pun buat la sesi fotografi lagi. Dah tak de orang kan, boleh buat gaya lebih sikit…hehe
Dapat hadiah lagi, so, ada la sesi mebuka hadiah sikit…hehe

3.00 pm : satu-satunya kawan aku yang hadir di hari pertunangan kami. Thnaks to Ct & husband coz sudi datang ke majlis kami. Kami pun makan sekali. Mr.h tak kenyang makan katanya, so makan lagi. Barulah terasa sedapnya nasi minyak kukus. Tadia makan tak rasa apa…lalala… Aku pulak, hanya makan sarapan pagi tadi jerk… so, makan dengan seleranya.

3.30 pm : Mr.H bertolak pulang. Selamat menjadi tunangan orang. So, lepas ni aku boleh panggil En.Tunang pulak.hehe

3.45 pm : ct & husband pulang…thanks ye sudi datang.

Syukur Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih dekat semua family aku yang membantu. Ada yang tak tidur, ada yang dah pening-pening, keletihan suatu kemestian. Thanks to all…luv u all ketat-ketat la…
So, ini la ceritanya…..Semoga Allah memberkati hubungan kami… Amin
Terimalah, Hadiah untuk pembaca….
Ni la kekasih hati aku sekarang... Mr.H (En. tunang) yang gentlemen...kih3