BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 20 December 2012

LELAKIKU


Siapakah lelaki yang mukmin???
  1. Taat kepada Allah
  2. Cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w
  3. Ikhlas dalam amalan dan pekerjaan yang dilakukan semata-mata kerana Allah
  4. Sentiasa menjauhi perkara nahi mungkar
  5. Selalu bertaubat kepada Allah
  6. Bersifat amanah iaitu :

                                 i.            pekerjaan – bersungguh-sungguh bekerja
                               ii.            sifat kasih sayang
                              iii.            memuliakan kaum kerabat
                             iv.            menghormati massyarakat

Antara 4 golongan lelaki yang menghuni neraka :
1. Lelaki yang bergelar suami  
·         membiarkan isterinya dalam kemaksiatan
·         membiarkan isterinya tidak menutup aurat
·         tidak mendidik isteri dalam agama
·         membiarkan isteri berdandan untuk orang lain
2. Lelaki yang bergelar ayah
·         tidak menjaga anak perempuannya sebaik-baiknya
·         tidak mendidik anak dengan agama
·         membiarkan anaknya tidak menutup aurat
·         tidak mencegah anaknya daripada melakukan kemungkaran
3. Lelaki yang bergelar abang
4. Lelaki yang bergelar anak
-          setiap dosa orang-orang bawahannya, jika tidak ditegur, maka dosa itu akan  ditanggung olehnya kerana beliau tidak mencegah kemungkaran yang berlaku ke atas keluarganya

Peranan wanita yang bergelar isteri dalam membantu suami supaya tidak tergolong dalam golongan ahli neraka  :
  1. Membantu suami
  2. Hiasi diri hanya untuk suami
  3. Berwangi-wangian hanya untuk suami
  4. Jaga aurat
  5. Jaadi isteri yang berhemah (jangan susahkan suami dengan meminta yang bukan2)
  6. Jadi pendorong kepada suami
  7. Pasrah, terima dan redha apa yang ada pada suami


Maka, ingatlah wahai lelaki, seorang wanita memerlukan seorang lelaki yang dapat membimbing mereka ke jalan Allah dengan penuh kasih sayang. Kerana, tulang rusuk yang bengkok, jika ditegakkan dengan keras, maka ianya akan patah. Jadi, bentuklah ia dengan penuh berhikmah.

Sekian, Wa’salam…

KURSUS KAHWIN

ASSALAMUALAIKUM...

huhu....meh nak cerita sikit pengalaman aku mengikuti kursus kahwin. Tu la, rasa menyesal sangat tak amik masa kat U dulu. Kata xbf, nanti la kita ambil masa nak kahwin... emmmm hampeh, rupanya karam di tengah lautan. ishhh kalau la tahu nak karam, aku ikut jerk kawan2 aku gi kursus tersebut. Harga pun baru je RM50 jerk. Berbanding sekarang naik 2x ganda bahkan tambah lagi extra RM20. Total = RM120. ishhhh hamba menyesal. Emmm tak pe lah...benda dh jadi kan...

Its ok la, aku ke kursus kahwin ditemani oleh rakan sekerja iaitu kak qamarinan, kak zack dan kak noraini. Macam biasa la, aku drive sorang. Nasib Mr.H dan tunjukkan jalan semalam. So, tak de masalah untu aku drive sorang manakala akak2 3 orang tu naik satu kereta.

Sampai di Majlis Abu Bakar, ramai jugak yang pergi kursus bersama pasangan masing2. Dalam hati ni, best tak ek agak2 kalau gi dengan pasangan. Setelah menelaah kebaikan dan keburukan pergi kursus bersama, ohhh lebih baik gi dengan kawan2 sebab boleh duk sekali dan menjadi rakan bersembang. hehe..

Banyak jugak ilmu2 yang dikongsi oleh penceramah2. Ada yang pandai buat lawak tu, lawak sangat. Tergelak2 la jugak.. Ada yang selamber tu, huiiii mengatuk banget mata ni. Apa2 jelah, janji aku dah selesaikan kurusu kahwin selama 2 hari tu dan yang paling penting dapat lesen tuk kahwin. Ehhhh gatalnya.. huhu... Bagi sesiapa yangnak kahwin ke atau yang belum nak kahwin ke, yang dah ada calon ke, dan yang belum ada calon ke, nasihat aku cepat2 la gi kursus kahwin ye, takut2 nanti jadi macam aku, dah nak kahwin baru terhegeh2 nak gi kursus..kui3....tapi ok jugak la, ilmunya fresh lagi kan... ok la.. tata..

Fitting Baju

Assalamualaikum...

Hai..lama tak menulis, tetiba rasa nak berkongsi rasa seronoknya bila aku bersama en.tunang bertemu perancang majlis perkahwinan kami sekali gus fitting baju persalinan perkahwinan kami.
Temu janjinya pada 17hb Disember 2012, jam 8.30 pm.

En.tunang sampai di rumah dalam pukul 4 pm. Kami ke rumah makcik aku untuk menempah baju nikah yang dibeli pada 9hb Disember 2012 di Jakel Segamat. Pada hari tersebut kamu dah buat fitting baju nikah ni rumah makcik aku, hari ni kami membawa design baju yang diingini. 

Kemudian, kami ke bandar untuk melihat homestay bagi kelurga sebelah en.tunang nanti. Aku dan buat temu janji dengan Cik Leha dan beliau telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada aku dengan hanya memberi kunci homestay dan kami pergi lihat sendiri ditemani oleh adik sekali. Sebelum tu, en.tunang aku tempah hotel untuk ia tidur malam ni. Selepas selesai melihat homestay, kami ke kedai bunga untuk melihat barang-banrang hiasan hantaran nanti.

Lebih kurang jam 6pm, kami bergerak pulang ke rumah aku. Seronok sebab aku dapat masakkan makanan untuk en.tunang. Dapatlah en.tunang merasa air tangan tunang ia ni. Cume masak ayam paprik je, sayur nenas lemak+kankung goreng mak aku yg buat..hehe

Jam 8.30 pm, dah terlewat sebenarnya, kami bergerak ke Ellif Bridal dimana tempat kami membuat tempahan pelamin dsb dan ditemani oleh kesemua adik2ku ( 3 0rang je..). Sampai di sana, bermula dengan perbincangan tentatif majlis perkahwinan kami. Aku telah siapkan satu proposal untuk memudahkan perancangan majlis perkahwinan kami. Ia disukai oleh wedding planner kami iaitu En.Ijam (ala-ala au gitu) but nice person. Tak kekok dengan team ellif ni sebab dah kenal. Masa kami tunang pun ambil planner dengan mereka. Adik aku pun buat part time dengan mereka. So, dari segi keserasian memang tidak ada masalah. En. tunang pun selesa dengan ijam yang suka sangat buat lawak.  Nanti la, aku bagi tengok proposal yang aku buat dan dipersetujui oleh en.tunang.hehe

Perbincangan tentang tema, warna dan design pelamin berakhir sekitar jam 10.30 pm. Dan saat yang tak disangka untuk fitting baju. Ingatkan tak buat, rupa2nya OMG... Untuk en.tunang tak de masalah sangat, lelaki tak kisah kan buka-buka baju ni. Yang aku ni... dah la tak pakai inner, aduii malunya pakai baju pengantin yang agak jarang tu. Terpaksa la, no choice.., Malunya bila en.tunang tengok aku pakai baju yang seksi tu... aduhh... nasib baik just pakai untuk 2 pasang je sebab kesuntukkan masa. huhhh... Kami try baju berinai dan baju bersanding. Siap pakai one suit, ambil2 gambar.. huhhh disiapkan oleh auntie dan ijam dah macam pengantin betul dah kami... wahhh segaknya en.tunang aku ni bila dikenakan dengan busana pengantin with aksesori... Kami suka dengan baju2 di ellif bridal. Semuanya cantik2.. Suka sangat. 

Dah penat tukar2 baju, perbincangan pun selesai,  jam 12.30 am gerak pulang. Aku dan adik2 pulang ke rumah manakala en.tunang pulang ke hotel. Next time kami akan ke ellif lagi untuk fitting yang terakhir. Walaupun agak penat, tapi ia satu pengalaman yang sangat berharga buat kami. 

ok la, nantikan proposal wedding kami ye.. ta ra.....

DUP..DAB..DUB…DAB

AKU TERIMA NIKAHNYA
 Apabila tiba saat ini, pasti bakal pengantin akan berasa cemas, gemuruh dan gementar terutamanya pengantin lelaki. Saat paling indah juga ketika berkata “aku terima nikahnya” dan ketika itu syukur dan gembira kerana orang yang dicintai telah menjadi milik anda. Dan untuk menghadapi saat itu, terdapat beberapa panduan yang boleh dikongsi beersama.

SEBELUM AKAD NIKAH
1.       Pastikan  pengapit atau teman rapat duduk di sebelah
2.       Sediakan i/c atau kad pengenalan
3.       Duit upah untuk tok kadi
4.       Senyum agar lebih tenang

SEMASA AKAD NIKAH
1.       Khutbah nikah
2.       Bacaan taklik
3.       Keluarga sakinah / penyerahan tanggungjawab

SELEPAS AKAD NIKAH
1.       Penyerahan mas kahwin dan wang hantaran
2.       Pembatalan air sembahyang
3.       Bersalaman dan mencium tangan suami
4.       Cium dahi isteri (sunnah nabi ni..)
5.       Bersalaman dengan ahli keluarga
6.       Solat selepas nikah

Kad Kahwin

Apa yang anda perlu tahu Sebelum Menempah 
KAD KAHWIN?

  • Tarikh perkahwinan
  • Jumlah jemputan
  • Kerumitan / salah faham
  • Perundinagn
  • Komited
10 Kesilapan yang sering dilakukan
  1. Mauk ke kedai percetakan tanpa sebarang perancangan
  2. Tiada pendirian / fikiran bercelaru
  3. Tidak komited sepanjang proses tempahan
  4. Tiada kata sepakat dengan pasangan
  5. Permintaan terlalu tinggi
  6. Datang berunding membawa rombongan ahli keluarga terlalu ramai sehingga menyukarkan keadaan
  7. Terlebih bajet
  8. Tidak menyelidik terlebih dahulu perkhidmatan tempat percetakan yang ditujui
  9. Bersikap tidak sabar dan tidak profesional apabila membuat tempahan last minute
  10. Pertelingkahan sehingga menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini