BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 7 January 2013

CERITA KAD KAHWIN


4 JAN 2013

UIJIAN HIV
Lepas solat zohor, aku bergerak dari sekolah ke UTM untuk jalani ujian HIV. Lepas jemput en.tunang, kami terus ke klinik. Dari ke kaunter pendaftaran hingga selepsai jumpa doctor, semuanya en.tunang yang uruskan. Yang aku tahu, hulur tangan pada nurse untuk dienjit dengan jarum besar. Sakitnya. Sampai nurse kata, perempuan memang macam ni, nanti dahmengandung, lagi banyak kena enjit. huhu…tahan je la… En.tunang kata, takut tak nak kena enjit??? cehhhh…aku relaks jerk..
Yang hepi sangat hari ni, aku dapat makan aiskrim yogurt…yum yum…. sedapnya.. en.tunang yang belanja. Dapat makan kuew teaw + sirap bandung soda. Emmmmm kenayangnya perut. Huhhhh…lepas hajat nak makan ais krim…. Thanks to my future husband. Memahami sangat…hehe

MINYAK WANGI
Selesai urusan di klinik, kami ke The Zon untuk beli minyak wangi aku. Kesian dia kena keluar duit banyak sebab minyak wangi yang aku pilih mahal. Kena la ia beli sebab ia kata minyak wangi aku yang sekarang nib au macam keminyan. Cehhhyela…minyak wangi murah je…

KASUT
Kemudian kami ke Plaza Angsana. Mencari kasut untuk aku pula. Terpaksa la pilih yang murah sikit sebab minyak wangi dah mahal. Tapi aku tak kisah sebenarnya. Murah ke mahal ke janji cantik dan selesa.

5 JAN 2013

KAD KAHWIN
…haaaaaaa….hok ni la point sebenarnya… panjang lebar induksi kat atas ek…
Aku Dan En.Tunang ke Kajang untuk buat kad kahwin. Bertolak dari JB jam 8.30 am. Dari JB ke Machap aku yang drive. Mungkin en.tunang penat sangat kot  semalam. Dalam kereta pun senyap jerk. Kami berhenti sarapan.  Lepas sarapan, en.tunang sambung drive. Sampai aku pun tertidur dalam kereta. Memang tak boleh jadi co.driver betul la. hehe..

….haaaaa…hok ni la tragedy  sangat… Kena marah dengan en.tunang…huk2…

…gini ceritanya…
Sampai di tol Kajang, Dia mencari tiket tol di celah-celah kertas yang bersepah-sepah di dalam kocek kerata aku. Huhhh… berhenti lama sangat sebab tak jumpa tiket tol. Gelabahnya dia cari. Habis kertas-kertas berselerak kat bawah kaki. Nasib jumpa. Masa tu memang dah kena bebel+marah dah aku ni. Aku senyapppppppp jerk. Tak kata apa-apa pun. Dia tanya soalan pun aku tak jawab. Merajuk la konon sebab kena marah tadi. hehe. Sampai kat kedai makan, habis semua kertas-kertas ia kemas. Habis kertas yang tak guna  semua ia buang. Sampai kosong dalam kocek kereta aku. Aku ni diam je dari tadi. Muka ni dah macam cuka dah. Huhu…en.tunang nak ambil hati, ia cakap slow je dengan aku. Suh aku ambilkan nasi, cedokkan lauk untuk dia. Dia bebel, lain kali jaga la house skiping sikit. Kertas-kertas yang tak guna boleh buang. (dengan nada yang slow). Aku ni buat la muka cemek aku tu. Diam je, tak banyak cakap macam selalu. Yela, baru nak reda sikit dari kena marah tadi. Huk2… Betul la cakap kawan aku, orang Terengganu ni kuat marah…huhu.. Its ok la, en,tunang marah benda yang betul Lepas ni, aku kena la jaga house skiping sikit, Kan nak jadi bini orang dah. kan kan…

Lepas makan, kami ke kadai kadkahwin.com. Tampat Awal Asyari+Scha Alyahya buat kad kahwin. Masuk-masuk je ada makcik tengah marah2. Gara nak tempah kad tapi dah terlewat sangat. Layanan Tuan kedai oka la. Cuma ia agak penant sebab melayan kerenah customer yang macam2. Kami pun, tunggu la. Sementara tu tengok kad-kad yang ada. Last sekali dapat la finalize kad kahwin bersama design bunting. Huhhh…lepas dah satu bab yang paling besar.

BUNGA TELUR
Kemudian, kami ke Nilai untuk mencari bunga telur. Cari punya cari, dapat juga jumpa bunga telur yang en.tunang nak + yang aku suka. Lepas solat, kami gerak balik ke Segamat. Ingatkan dia tak nak ajak balik kampung. Hehe..sukanya dapat balik kampung. Barang pun banyak yang tertinggal kat rumah. Boleh juga hantar barang-barang+dulang hantaran kat kampung. Huh…selesai masalah. Tapi kesian en.tunang kena keluar duit tidur kat hotel. hik2…terpaksa la ek…berkorban…

6 JAN 2013

ELLIF BRIDAL
Hari ni pula, kami buat appointment dengan Andaman. Seronok sagat bila deal majlis perkahwinan dengan orang yang kita rapat kan. Cerita pun jadi senang. Kami finalize tentang pemain+meja beradap+ baju+baju persalinan. Yang tinggal just baju malam berinai sahaja sebab nak tunggu baju baru sampai dari Bandung esok. Best sangat, sambil2 bincang, sambil2 berbual, sambil2 makan. Best sangat. Diakhir perjumpaan, sempat lagi team Ellif bridal ni korek rahsia kami berdua. Macam mana boleh kenal. Huhhh…malunya kami. Baru la mereka tahu, rupanya kami ni tak bercinta pun lagi. Terkejut semuanya. Patut la nampak kiteirang ni macam malu-malu lagi. Hik2…memang pun, bertu kenal sebulan dah bertunang, lepas tu nak kahwin. Bercinta lepas nikah lagi afdal orang kata. huhu… Alhamdulillah.

Sebelum  bertolak ke JB, kami solat dulu. Singgah di Ayer hitam tengok paper beg+bunga manggar. Tapi tak beli pun. hehe

Dalam perjalanan pulang, kami dengar ANUGERAH JUALA LAGU. Kesian, dengar dalam radio jerk…
Sampai UTM, Aku bergerak sendirian pulang ke Permas. Sempat la tengok siapa yang menang juara lagu. Dah la RP tak siap. Huh…bedal je esok…tak prepair pun untuk kelas. Spontan je la… Penat sangat… Rasa nak demam pun ada. Mak pun kata, sabar  je la yong, tak lama dah, sekejab je sakit ni, lepas majlis ok la semula. Waktu-waktu genting macam ni, memang duit keluar macam air terjun. huhhh… Dugaan orang bertunang kot…hehe… ok la.. tu aje nak cerita…  

Assalamualaikum..

Wednesday 2 January 2013

First day sekolah di tahun 2013

Assalamualaikum...

Diam tak diam dah setahun aku bergelar sebagai seorang guru. Banyak dugaan dan liku-liku yang berjaya ditempuh pada tahun sebelum. Pelbagai macam ragam dan kerenah pelajar yang aku temui. Ada yang suka buat aku ketawa, ada yang suka buat aku tergelak sorang-sorang, ada yang bagi bear, ada yang buat aku rasa nak marah dan tak ketinggalan bagi mereka yang telah buat aku menangis di sekolah terutamanya pelajar-pelajar nakal...

Hari sebelum sekolah...
Tah kenapalah,, aku rasa yang teramat sangat nak menangis. Serupa hok budak yang nak masuk darjah 1 tu. Hui....tak tahu la nak cakap macam mana. Pada siapalah yang patut aku mengadu. Nak ngadu pada En.Tunang rasa macam tak patut plak. Ke sebab perubahan hormon perempuan aku jadi macam tu. 
Oleh itu, bagi meredakan rasa hendak menagis ni, aku menagis ketika membaca yasisin. Air mata ni jatuh berjurai-jurai. Namun, setelah itu perasaan rasa nak menagis reda. Mungkin sebab hati seorang perempuan yang tidak boleh menyimpan masalah yang dibebani seorang diri. Huhhhh...lega dah...

Malam sebelum sekolah...
Walaupun masih terasa mood cuti, hati ni diberatkan untuk bersedia bagi persekolahan hari esok. Mungkin mood bekerja belum ada lagi, kerana tiada bahan perangsang seperti baju baju. Tahun ni tak dan la nak beli baju baru, duit telah dibelanjakan untuk persiapan perkahwinan. Jadi terpaksa menangguhkan daripada beli yang tidak penting. Emmm tak pelah, pasni fuure husband boleh belikan deh... Motivasi diri nih...huhu
Tidur awal dari biasa, setelah dapat wish dari En.Tunang, semoga hepi di sekolah esok. So, ada la mood hepi sedikit.

Hari pertama di sekolah pada tahun 2013...
Dimulai dengan bismillah...
Disertai dengan hujan rahmat... Mungkin pembuka hari yang sejuk bagi guru-guru dan pelajar-pelajar.
Bila tengok jadual...huhhhh kelas penuh la hari ni. Ada 8 waktu...

Kelas pertama : 2 Seroja : PJ: 7.30-8.10 am
Pemula kelas yang baik bagi aku. Bila berada di kelas paling pandai ni. Aku buat la menyinga sikit, pelajar dah takut dan duduk di tempat masning. Tiada sesi pengenalan diri, aku ambil kedatangan dan terus memulakan p&p. Seronoknya bila pelajar duduk diam ditempat masing-masing. Kelihatan muka ketakutan diraut wajah pelajar apabila memandang aku. 

Kelas kedua : 1 Dahlia :  PJ : 8.10-8.50 am
Hok ni payaoh sikit ni. Kelas peralihan A tahun lepas. Aku dah termanjakan diorang ni. Emm payoh la aku nak buat muka bengis... Lagi pun tak sampai hati nak marah-marah.. Jadi cool jerk.. Mujurlah masing-masing duduk tempat sendiri...

Kelas ketiga : 2 Cempaka : KH(ERT) : 8.50-10.10 am
Kelas ni pun best, sebelum ke bengkel ERT aku dah basuh mereka di kelas. Mesti beratur pabila hendak ke bengkel dan beratur sebelum masuk di bengkel. Perempuan semuanya, jadi tiada masalah sangat. Mereka pun dan baik dengan aku. Bekas student pj tahun lepas.

10.10-10.30 am
Ni jelah masa untuk aku rehat.. Jadi mari pergi makan...

Kelas keempat : 2 Mawar : KH(ERT) : 10.30-11.50 am
Hok kelas ni bengkeng sikit ni. Walupun pelajarnya hanya 11 orang tapi macam mengawal pelajar seramai 111 orang. Nakal la... Kelas hujung memang lagu ni. Ishhh aku garang ia melawan, Jadi, tak pe, kena takle hati mereka dulu ni... Dah lama-lama, ok mereka boleh terima. Kena guna psiko jugak rupanya...

Kelas kelima : 2 Dahlia : PK : 11.50-12.30 pm
Kelas ni pun tak de masalah. Dah mengajar tahun lepas. Diorang ok, cuma 2 3 orang je yang bisingnyer. But its ok la... Sampai aku minta kebenaran diorang untuk duduk. Penatnyer la hai.. dari pagi tadi kelasnya..

Selepas 12.30 pm...
Balik bilik guru, Si Juliey bagitahu, Ain, aku ingat ko tak datang tadi, rasanya pagi tadi aku cakap dengan ko. Satu hari tak nampak ko hari ni. Aku pun jawab, tengok la jadual aku, 8 masa kot hari ni. Ish3, kesiannya ko In....

Kelas keenam : Peralihan A dan B : PK : 1.10-1.50 pm
Mujurlah time ni mereka dipanggil untuk orientasi, boleh la aku rehat sikit... Huh...rasa nak tercabut urat kaki ni.. Banyaknyer kelas hari rabu ni... Tak dan nak rehat... Nasib badan la...

Gini la citanyer di hari pertama persekolahan 2013. Moga semuanya berjalan dengan lancar...
Berilah kekuatan pada diriku ini Ya Allah.... Amin...