BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 1 February 2013

Bunga Dulang Hantaran


Assalamualaikum...

Huhhhh...selepas selesai bab yang paling penting iaitu borang nikah. Sekarang ni sedang sibuk mencari bunga untuk dibuat hantaran perkhwinan kami. Kami pun dah decide nak buat warna apa. Yang penting sekarang ni adalah di mana kami nak beli bunga yang ala-ala fresh... Bajet semuanya terletak pada tangan aku. So, yang murah ke, mahal ke, semuanya aku yang tentukan. Ngeh3... 

First sekali,senaraikan barang2 hantaran,  berapa dulang nak guna untuk belah lelaki & perempuan... Kemudian,
google dulu nak buat bentuk hantaran yang macam mana. Selak2 sikit majalah untuk design yang terbaru. Bila dah dapat nak yang mana, aku terjemahkan idea di atas kertas. Baru la senang nak cari bunga yang macam mana.

Ayer Hitam, destinasi aku yang pertama untuk mencari bunga. Kebetulan, aku ke sana bersam family untuk menghantar adik ke temuuduga TLDM. Bila dah jalan2 kat sana, aku tersinggah di kedai bunga. Tiba2 berkenan plak bunga yang ala2 fresh... Bunga baldu berwarna merah. Harganya boleh tahan berpatutan juga. Mampu la untuk dimiliki.. Ok, selesai beli bunga untuk dulang hantaran perempuan. (merah+putih)

SSF Plentong, destinasi kami yang kedua. Kali ni, aku gi dengan Encik Tunang. Wahhhh kalau gi dengan dia ni, terpaksa la cari bunga yang branded sikit, kalau tak nanti aku kena cas beli set sofa untuk rumah kami. Kebetulan plak baru je gaji. Ngeh3. Kami pusing 1 SSF, huh!!! agak besar jugak tempat tu. Pusing punya pusing, jumpa juga bunga yang Encik Tunang berkenan. Almaklumla, untuk dulang hantaran belah lelaki. Nak bagi pada kekasih hati dia, kena la yang cantik & meletop kan..hehe. Ok, selesai beli bunga untuk  dulang hantaran lelaki.

Destinasi terakhir, Ayer Hitam lagi. Ok kali ni aku gi keseorangan je. Alang2 nak balik kampung, singgah le beli bunga untuk backup mana2 dulang yang tak cukup.. Balik rumah, padan2kan bunga2 yang dibeli, Alhamdulillah, semuanya cukup2 untuk 7 berbalas 9 dulang hantaran.

Ok, selesai part mencari bunga, lepas nih, dah boleh buat gubahan... huhu

Temuduga Nikah

Assalamualaikum...

ehem ehem... ok, nk cerita sikit pengalaman gi temuduga nikah. Bukan apa, prosedur nikah untuk orang2 johor ni lain sikit... special.. Ia membolehkan bakal-bakal pengantin siap sedia mental dan fizikal sebelum menjalani alam rumah tangga.

Aku gerak dari JB ke Segamat kira-kira jam 8 pagi.. Agak laju jugak, sebab nak sampai segamat sebelum solat jumaat.  Sampai dirumah, aku uruskan segala borang yang diperlukan dari pihak lelaki&perempuan. Aku ajak adik untuk teman ke pejabat agama. Sambil2 tu duk mengulangkaji apa yang patut. Nanti aku bagi ye soalan2 yang selalu disoal semasa temuduga nikah. Untuk aku, Alhamdulillah, soalan yang sangat mudah. Dua soalan je yg ditanya,
1) Mengucap 2 kalimah sahadah beserta maksudnya
2) Doa Qunut

Huhhhh.... lega bila borang nikah dan temuduga telah lulus... yeahhhh dah boleh kahwin... hehe