BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 20 December 2012

Kad Kahwin

Apa yang anda perlu tahu Sebelum Menempah 
KAD KAHWIN?

  • Tarikh perkahwinan
  • Jumlah jemputan
  • Kerumitan / salah faham
  • Perundinagn
  • Komited
10 Kesilapan yang sering dilakukan
  1. Mauk ke kedai percetakan tanpa sebarang perancangan
  2. Tiada pendirian / fikiran bercelaru
  3. Tidak komited sepanjang proses tempahan
  4. Tiada kata sepakat dengan pasangan
  5. Permintaan terlalu tinggi
  6. Datang berunding membawa rombongan ahli keluarga terlalu ramai sehingga menyukarkan keadaan
  7. Terlebih bajet
  8. Tidak menyelidik terlebih dahulu perkhidmatan tempat percetakan yang ditujui
  9. Bersikap tidak sabar dan tidak profesional apabila membuat tempahan last minute
  10. Pertelingkahan sehingga menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini

Thursday, 22 November 2012

PROJEK MEMIKAT HATI SUAMI

SARAPAN PAGI

Assalamualaikum…

Emmmm… pasti wanita-wanita di luar sana pening kepala kan mahu menyediakan menu apa di setiap pagi untuk encik suami… Lebih-lebih bagi mereka-mereka yang berkerjaya, yang memerlukan mereka keluar rumah seeawal pukul 6 pagi. Benar sungguh kata orang tua-tua “air tangan isteri, pengerat kasih sayang suami”. Baru tiga hari bergelar isteri, anda sudah diminta untuk melayani kehendak selera si dia??? Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab seorang isteri kan. Ayuh isteri tercinta, mari kita rebut hati suami dengan sarapan pagi yang menyelerakan.
Untuk itu, kali ni, aku nak berkongsi cara-cara memikat hati suami di waktu awal pagi… Menu sarapan pagi untuk yang tersayang. Antara cadangan menu adalah seperti berikut ………..

HARI ISNIN : SANDWIC TELUR + SEGELAS SUSU

Sediakan menu ringkas sandwich telur dengan hirisan tomato dan sayur salad segar. My Mr.H suka makan sayur, jadi perlukan lebih sayur.huhu.  Telur boleh digoreng atau direbus mengikut selera suami anda. Telur dihancurkan dan diletak serbuk lada putih atau serbuk lada hitam. Susu segar mampu memberikan tenaga di waktu pagi dan mengelakkan tubuhnya keletihan. Pasti Mr.H bersemangat untuk memulakan hari kan…

HARI SELASA : ROTI BAKAR BERJEM COKLAT NUTELLA + SEGELAS MILO PANAS
 
Mudah dan ringkas. 2 keping roti bakar bersalut  coklat. Milo panas kegemaran Mr.H pasti menambah rasa sayang yang lebih dan lekat selamanya. Aku akan cuba buat seperti milo panas yang disediakan oleh arwah maknya.


HARI RABU : KOKO CRUNCH + SEGELAS CHOCOMALT PANAS




 Bijurin gandum ini sangat berkhasiat dan bakal menarik hati suami. Semangkuk koko crunch + susu segar akan menjadikan ia lazat. Wlaupun menu sarapan ini agak ringkas, namun kandungan karbohidrat ia agak kompleks, vitamin dan mineral di dalamnya akan menjadikan suami anda sihat serta bertenaga.

HARI KHAMIS : BIJIRIN QUAKER OAT + NESTUM

Tiada alasan untuk tidak bersarapan pagi. Dengan menu hari ni, pasti hati suami dapat dicuri. Mudah, orang yang tiada kepakaran memasak pun boleh menyediakan menu ini.



HARI JUMAAT : TELUR HANCUR, KACANG PANGGANG, SOSEJ + JUS OREN

Boleh disediakan dalam masa 10 minit sahaja. Telur hancur ringkas dicampur dengan sesudu susu segar + mayonis dan digoreng dengan sedikit mentega. Dua sosej rebus + kacang panggang pasti dapat membangkitkan selera suami anda. Ditambah dengan jus oren, segar sebelum memulakan kerja harian.


HARI SABTU : NASI HIMPIT BERSAYUR LODEH + TEA O PANAS

Menu di waktu cuti. Mesti la makan berat sikit ek. Dapat mengeyangkan perut suami anda sebelum memulakan kerja di waktu cuti . Ambil hati supaya dapat  menolong isteri mengemas rumah ye Mr.H.



HARI AHAD : NASI LEMAK + NESCAFE PANAS

Ceriakan pagi hujung minggu dengan menu sarapan pagi yang sedikit berat. Walaupun agak sukar bagi isteri yang baru belajar memasak seperti aku…hehe… Namun anda perlu memikat hati suami dengan menunjukkan kebolehan ini. Sedapnya nasi lemak bila dihidangkan dengan ayam goring rempah. Fuhhhh pastinya ia akan menambat hati suami dari keluar lepak bersama rakan-rakannya diluar. Pasti suami anda akan melekat seharian di rumah. huhu


Moga-moga anda dapat laksanakan tanggungjawab ini dengan jayanya.

Kepada my future husband, kalau saya terlupa hendak sediakan menu-menu seperti yang dicadangkan di atas, tolong INGATkan saya ye… Tapi Mr.H kena faham ye, kerja seorang guru ni, perlu keluar awal pagi, kalau saya tak sempat, menu awak hari-hari roti bakar + milo 3 in 1 ye… hik2.. SORRY…hehe

Apa-apa pun, isteri perlu sediakan hidangan yang berkhasiat untuk suami. Supaya suami tak cari yang lain..

(Sumber : Inspirasi Pengantin : September 2012 : Info Rumahtangga)

Tuesday, 20 November 2012

LAMARAN DAN SIMBOLIK CHENTA

Assalamualaikum....

Aku ni suka tengok drama kat tv. Macam mana ek rasanya bila dilamar oleh seorang lelaki. Adakah sekadar  beritahu saya suka awak. Atau pun tak beritahu apa-apa, masing-masing faham sendiri, ok bulan depan kita tunang, ok tahun depan kita tunang. Bila kat drama tu, dialognya begini...

sudikah awak menjadi teman hidup saya???
sudikah awak menemani saya seumur hidup???
sudikah awak menjadi isteri saya???
sudikah awak menjadi suri hati saya???

dengan bunga diberi..
dengan cincin untuk disarungkan ke jari perempuan,
sambil lelaki menongkat kaki...

ohhhh so sweet...

hihi.... malu pulak nak cerita tentang ni...
bagi aku, Mr.H tetap my Mr. Romantis...
pada hari pertama bertemu...
dah bagi bunga Ros 3 kuntum... warna merah lagi...huhu
ok, di bawah ni aku ceritakan rentetan simbolik bagi chenta kami...

SIMBOLIK 9
ni la bunga sweet yang Mr.H bagi...
+ alunan muzik romantik dalam kereta dia...
tapi lagu tu tersalah teknikal, jadi terlambat keluar pulak..
apa-apa pun, so sweeeettttt....
romantik sangat...
awak.....ingat lagi tak tempat ni...
kalau korang nak tahu, ni la tempat first dating kami di mana tempat aku dilamar oleh Mr.H jugak...
tapi siang ea waktu tu... 9.9.12
agak-agak korang la kat mana ek tempat ni..
tettttttt....biarlah rahsia...hehe

SIMBOLIK 10
ni pulak, bunga yang diberi sewaktu hantaran pertunangan kami...
sebagai simbolik kepada hantaran perkahwinan...
nilainya bersamaan RM 10k.....

SIMBOLIK 11
Inilah cicin merisik dan cincin pertunangan aku...tuk date 11.11.12
cantik tak???
haaa... kakak Mr.H yang pilih ni....
pada aku, ia tersangat cantik...
ce wah...puji tuk diri sendiri pulak ek... 

SIMBOLIK 12
haaaa nak tahu apa simbolik 12???
kena la tunggu bulan 12 yek...

ok la, mahu beradu... terima kasih kerana membaca...
bye...

Saturday, 17 November 2012

Puisi Chenta dari Mr.H

Assalamualaikum...

Pagi ni aku sungguh terharu, buka-buka je fb, ada inbox dari Mr.H... so sweeeeeeeeeeetttt... Terharu sangat... Terima kasih sayang... opssss...tak boleh panggil sayang lagi... (bercinta selepas nikah) Terima kasih awak....hehe





18 Cara Memikat Hati Suami


Wahhhh...mari sama-sama kita belajar memikat hati encik suami ye....

1. Akur pada suami
Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami. 

2. Berkelakuan baik terhadap suami
Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang 'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.

3. Jangan bebankan suami
Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.

4. Sentiasa bersolek untuk suami
Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.

5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami
Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.

6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami
Ingatkan suami dan berpesan dalam apa jua perkara.

7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami
Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.

8. Jangan membelakangkan suami
Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.

9. Jaga harta suami
Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.

10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami
Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.

11. Solat bersama suami
Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.

12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa
Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.

13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami
Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat.

14. Pandang muka suami bila bercakap
Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.

15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga
Jangan biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.

16. Jangan terlalu kongkong suami
Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.

17. Urut badan suami selepas balik kerja
Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.

18. Jaga makan minum suami
Guna ayat-ayat al-Quran dan bukannya bomoh untuk menambat hati suami. Ingatlah doa adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air setiap kali suami pulang dari kerja.

*Taatilah segala suruhan suamimu selagi tidak melanggar hukum hakam ALLAH"



Semoga aku menjadi isteri yang solehah...Insyallah...