haaaaa…ni nak cite sikit pasal baju
tunang aku… Tema pink kononnya…
Rasanya tak pernah orang beli baju
tunang sampai dua pasang kan… Ceritanya…
Kali pertama mencari baju tunang,
sebulan sebelum tunang. Bukan pe, takut kami busy dengan kerja masing-masing.
Tu yang pergi cari awal. Seharian, mencari baju di Kota Tinggi. Dah pusing 1
Kota, TIADA HASIL.
Kami ke Danga City Mall, 1 mall kami
cari… TIADA HASIL.
Pada hari yang sama, pusing 1 ANGSANA.
Kesian, TIADA HASIL jugak. Kesian aku tengok Mr.H, kelihatan sangat letih. Bru
dia tahu ye, ingat senang ke nak mencari baju ek… Time nak cari la bajunya tak
jumpa ye.
3 minggu sebelum tunang. Kami lagi
sekali ke ANGSANA mencari baju. Oleh kerana baju aku telah ditempah pada kakak
Mr.H, So, tinggal cari baju dia je la. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa. baju
melayu Di butik Daniel Haikal. Dah lari tema kot, warna peach yang dipilih.
Ingatkan dah selesai part baju,
rupanya tidak. Family Mr.H kata baju yang pada Kak La tu over sangat.
Sebenarnya, aku tengok pun over jugak, nak cakap tak nak takut kecik hati
pulak, huiii nasib baik family dia dh cakap macam tu. Lega sikit aku tak kene
pakai baju tu…huhu
2 minggu sebelum tunang. Dah aku
terpaksa meround satu Bandar segamat mencari baju warna yang sama seperti baju
melayu Mr.H. Sampai ke malam meround, akhirnya jumpa. Balik je rumah, bila kene
cahaya lampu, aduiiiii warna bajunya kok terang sangat. Dah macam warna oren.
Tidakkkkkk… aku tak nak pakai baju tu…
Mr.H datang rumah hantar hantaran yang ditempah, bawa baju dia sekali.
Bila disuaikan dengan baju yang aku beli, lorrrrr kok tak sama warnanya… alaaa….
kenapa tak sama….huk2… Mr.H pun dah pening, tak pelah, nanti kita cari baju
lain…
Seminggu sebelum tunang, kami ke
ANGSANA sekali lagi, buat kali ketiga ye. Pusing punya pusing, tetiba aku ternampak baju
yang dipakaikan pada anak patung. Set lelaki+perempuan, warna pink lagi tuh….
cantiknya. Aku cakap dengan Mr.H, Kenapa tak cari baju macam tu ek. Mr.H pun
tengok baju tersebut, tanya punya tanya dengan tuan butik tu, yang patung
lelaki pakai saiz M dan yang patung perempuan pakai saiz S. Aku tanya dengan
dia, awak nak beli lagi ke baju melayu??? Beli jela, malas la nak fikir lagi.
Try punya try baju, padan dengan kami. Cuma baju aku je besar sikit. Tak pelah,
nanti saya kecikkan bajunya.
So, dalam masa seminggu tu jugak, aku
merenovate baju aku, tambah labuci dan batu-batu sikit. Wah cantik hasilnya.
Baju kurung Pahang aku kecikkan jadi baju kurung biasa. Seluar Mr.H pulak, aku
tambah cangkuk kat hujung, sempit katanya.
Dan inilah hasilnya…. warna yang
diidam dari awal perbincangan kami. Inspirasi dari majlis pertunangan Shiera
Ayob dan Zahizil Azim.
taraaaaaa….!!!!! ni la baju koboinya…
opssss....ada lagi, cuba perhatikan butang baju melayu tersebut, pun nak cari sama macam Zahizil Azim. Dengan itu, sehari selepas membeli baju ni, kami lagi sekali ke ANGSANA untuk kali yang keempat semata-mata membeli butang tersebut. huiiii...lepas la hajat Mr.H nak pakai butang yang sebegitu. Then, jadilah seperti gambar yang di atas....comei gak...
itu saje...
sekian, terima kasih...haha
0 comments:
Post a Comment