4 JAN 2013
UIJIAN HIV
Lepas solat zohor, aku bergerak dari sekolah ke UTM untuk
jalani ujian HIV. Lepas jemput en.tunang, kami terus ke klinik. Dari ke kaunter
pendaftaran hingga selepsai jumpa doctor, semuanya en.tunang yang uruskan. Yang
aku tahu, hulur tangan pada nurse untuk dienjit dengan jarum besar. Sakitnya.
Sampai nurse kata, perempuan memang macam ni, nanti dahmengandung, lagi banyak
kena enjit. huhu…tahan je la… En.tunang kata, takut tak nak kena enjit???
cehhhh…aku relaks jerk..
Yang hepi sangat hari ni, aku dapat makan aiskrim yogurt…yum
yum…. sedapnya.. en.tunang yang belanja. Dapat makan kuew teaw + sirap bandung
soda. Emmmmm kenayangnya perut. Huhhhh…lepas hajat nak makan ais krim…. Thanks
to my future husband. Memahami sangat…hehe
MINYAK WANGI
Selesai urusan di klinik, kami ke The Zon untuk beli minyak
wangi aku. Kesian dia kena keluar duit banyak sebab minyak wangi yang aku pilih
mahal. Kena la ia beli sebab ia kata minyak wangi aku yang sekarang nib au macam
keminyan. Cehhhyela…minyak wangi murah je…
KASUT
Kemudian kami ke Plaza Angsana. Mencari kasut untuk aku
pula. Terpaksa la pilih yang murah sikit sebab minyak wangi dah mahal. Tapi aku
tak kisah sebenarnya. Murah ke mahal ke janji cantik dan selesa.
5 JAN 2013
KAD KAHWIN
…haaaaaaa….hok ni la point sebenarnya… panjang lebar induksi
kat atas ek…
Aku Dan En.Tunang ke Kajang untuk buat kad kahwin. Bertolak
dari JB jam 8.30 am. Dari JB ke Machap aku yang drive. Mungkin en.tunang penat
sangat kot semalam. Dalam kereta pun
senyap jerk. Kami berhenti sarapan. Lepas sarapan, en.tunang sambung drive. Sampai
aku pun tertidur dalam kereta. Memang tak boleh jadi co.driver betul la. hehe..
….haaaaa…hok ni la tragedy sangat… Kena marah dengan en.tunang…huk2…
…gini ceritanya…
Sampai di tol Kajang, Dia mencari tiket tol di celah-celah
kertas yang bersepah-sepah di dalam kocek kerata aku. Huhhh… berhenti lama
sangat sebab tak jumpa tiket tol. Gelabahnya dia cari. Habis kertas-kertas
berselerak kat bawah kaki. Nasib jumpa. Masa tu memang dah kena bebel+marah dah
aku ni. Aku senyapppppppp jerk. Tak kata apa-apa pun. Dia tanya soalan pun aku
tak jawab. Merajuk la konon sebab kena marah tadi. hehe. Sampai kat kedai
makan, habis semua kertas-kertas ia kemas. Habis kertas yang tak guna semua ia buang. Sampai kosong dalam kocek
kereta aku. Aku ni diam je dari tadi. Muka ni dah macam cuka dah. Huhu…en.tunang
nak ambil hati, ia cakap slow je dengan aku. Suh aku ambilkan nasi, cedokkan
lauk untuk dia. Dia bebel, lain kali jaga la house skiping sikit. Kertas-kertas
yang tak guna boleh buang. (dengan nada yang slow). Aku ni buat la muka cemek
aku tu. Diam je, tak banyak cakap macam selalu. Yela, baru nak reda sikit dari
kena marah tadi. Huk2… Betul la cakap kawan aku, orang Terengganu ni kuat marah…huhu..
Its ok la, en,tunang marah benda yang betul Lepas ni, aku kena la jaga house
skiping sikit, Kan nak jadi bini orang dah. kan kan…
Lepas makan, kami ke kadai kadkahwin.com. Tampat Awal
Asyari+Scha Alyahya buat kad kahwin. Masuk-masuk je ada makcik tengah marah2.
Gara nak tempah kad tapi dah terlewat sangat. Layanan Tuan kedai oka la. Cuma ia
agak penant sebab melayan kerenah customer yang macam2. Kami pun, tunggu la.
Sementara tu tengok kad-kad yang ada. Last sekali dapat la finalize kad kahwin
bersama design bunting. Huhhh…lepas dah satu bab yang paling besar.
BUNGA TELUR
Kemudian, kami ke Nilai untuk mencari bunga telur. Cari
punya cari, dapat juga jumpa bunga telur yang en.tunang nak + yang aku suka.
Lepas solat, kami gerak balik ke Segamat. Ingatkan dia tak nak ajak balik
kampung. Hehe..sukanya dapat balik kampung. Barang pun banyak yang tertinggal
kat rumah. Boleh juga hantar barang-barang+dulang hantaran kat kampung. Huh…selesai
masalah. Tapi kesian en.tunang kena keluar duit tidur kat hotel. hik2…terpaksa
la ek…berkorban…
6 JAN 2013
ELLIF BRIDAL
Hari ni pula, kami buat appointment dengan Andaman. Seronok
sagat bila deal majlis perkahwinan dengan orang yang kita rapat kan. Cerita pun
jadi senang. Kami finalize tentang pemain+meja beradap+ baju+baju persalinan.
Yang tinggal just baju malam berinai sahaja sebab nak tunggu baju baru sampai
dari Bandung esok. Best sangat, sambil2 bincang, sambil2 berbual, sambil2
makan. Best sangat. Diakhir perjumpaan, sempat lagi team Ellif bridal ni korek
rahsia kami berdua. Macam mana boleh kenal. Huhhh…malunya kami. Baru la mereka
tahu, rupanya kami ni tak bercinta pun lagi. Terkejut semuanya. Patut la nampak
kiteirang ni macam malu-malu lagi. Hik2…memang pun, bertu kenal sebulan dah
bertunang, lepas tu nak kahwin. Bercinta lepas nikah lagi afdal orang kata.
huhu… Alhamdulillah.
Sebelum bertolak ke
JB, kami solat dulu. Singgah di Ayer hitam tengok paper beg+bunga manggar. Tapi
tak beli pun. hehe
Dalam perjalanan pulang, kami dengar ANUGERAH JUALA LAGU.
Kesian, dengar dalam radio jerk…
Sampai UTM, Aku bergerak sendirian pulang ke Permas. Sempat
la tengok siapa yang menang juara lagu. Dah la RP tak siap. Huh…bedal je esok…tak
prepair pun untuk kelas. Spontan je la… Penat sangat… Rasa nak demam pun ada.
Mak pun kata, sabar je la yong, tak lama
dah, sekejab je sakit ni, lepas majlis ok la semula. Waktu-waktu genting macam
ni, memang duit keluar macam air terjun. huhhh… Dugaan orang bertunang kot…hehe…
ok la.. tu aje nak cerita…
Assalamualaikum..