BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 2 February 2013

Wang Hantaran

Keberkatan perkahwinan bukan terletak pada berapa banyak wang hantaran. Tetap, ia bergantung pada niat masing-masing untuk berumah tangga serta menghargai perhubungan yang halal di sisi Islam. Hantaran sememangnya menjadi tanggungjawab pihak lelaki untuk dipenuhi.

Sekiranga dilihat dari sudut kebaikannya, itu adalah persediaan awal bakal suami bagi menanggung tanggungjawab sebelum memulakan kehiduapn berkeluarga. Pastinya usaha mengumpul wang hantaran ini mampu mengajar tanggungjawab sebenar bakal pengantin lelaki, sebelum bergelar suami yang akan menanggung isteri dan keluarga.

Namun begitu, hantaran tinggi ini membebankan pihak lelaki yang tidak berkemampuan dan boleh mendatangkan kemudaratan padanya yang akan berperanan mencari nafkah serta memimpin keluarga. Sekiranya pada awal perkahwinan pihak lelaki terpaksa menanggung beban kewangan, sudah pasti ia akan menjejaskan keluarga yang baru dibina. Kesannya turut dirasai bersama isteri.

Stigma ini perlu diubah oleh masyarakat kerana wang hantaran yang tinggi dan majlis yang gah, bukan menentu kebahagiaan dapat berlanjutan sehingga ke akhir hayat. Oleh itu, cara terbaik mengatasi masalah ini adalah dengan kembali kepada ajaran agama. Ia perlu dilaksanakan mengikut kemampuan dan tidak membazir semata-mata mahu menunjuk-nunjuk kepada orang keliling.

Apa yang perlu difahami, tujuan perkahwinan sebelum berkahwin. Ingat, kebahagiaan rumah tangga tidak terletak pada nilai wang hantaran ataupun besarnya majlis perkahwinan yang diadakan. Ini kerana, apa yang penting untuk kebahagiaan dalam rumah tangga adalah niat yang betul dan ikhlas.

(Sumber :Buku  "Apabila ia menyapa, jodohkah namanya" Sakinah Salleh)

0 comments: