BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 9 March 2013

Pre-Wedding

Alhamdulillah, segala kerja-kerja pembikinan DIY telah siap... Huh!!! lega rasanya... 


27 Feb 2013
kami meraound Jusco Tebrau City untuk mencari baju pre-wed. Macam biasa, kami research nak konsep pre-wed. Setelah dianalisis, ok kami sepakat nak buat konsep drama SETIA HUJUNG NYAWA iaitu ZAIN HAKIMI + EL SALINA... Pusing punya pusing, jumpa jugak baju yang dicari.

4 Mac 2013

Hari ni, kami ke pre-wed pulak. Lagi satu perkara gigih yang kami buat. Pre-wed tidak dijalankan pada hari cuti tetapi pada hari Isnin iaitu hari aku bekerja. Tiada pilihan lain melainkan tidak buat langsung pre-wed. So, terpaksa berkorban masa+kepenatan yang teramat sangat. 

Aku mintak excuse pada pengetua untuk balik awal hari, Urgent puan. Tak boleh nak elak. 

2.00 pm : aku balik rumah (mandi+solat)
3.00 pm : en tunang sampai. Tapi, aku punya penat, belum sampai tol kempas lagi kot, rasanya adala la dalam 10 minit, mata ni dah mengantuk tahap gaban. wahhhh sampai tertidur...huhu
6.30 pm : kami sampai di putrajaya. Solat asar di masjid putrajaya. Kami siap2 untuk mula dengan pre-wed. En tunang dah siap pakai costume Zain Hakimi, aku pun dah pakai costume El Salina. Dalam kereta, dari radio era, dia tukar lagu romantik version instrumental...wahhhh romantiknya time tu... sweet sangat..
8.00 pm : photografer sampai, start dah tangkap2 gambar ni. Alamak, macam mana nak buat gaya, masing2 kaku. Susah rupanya, bukan senang nak jadi model... kena pandang mata en tunanag. Mata bertentang mata, alamak turun sudah ke hati...huhuhu. 

Aku tak boleh la nak pandang mata ia terus. En tunang kata : emmm malu2 pulak dia nak pandang. Hik2, memang la... Kru photografer : tak pe, tunggu la nanti masa buat outdoor, siap korang... alamak...huhu
Kata photografer, memang la pre-ed ni agak boring sikit sebab tak de adegan pegang2 tangan.

Apa-apa pun, hari ni berlalu very very sweet moment...

10.00 pm : kami bertolak pulang ke JB semula. Berhenti solat di Seremban, makan pau dalam kereta je & sambung perjalanan semula. Kesian kat en tunang, mesti dia penat giler drive sorang2. Sambil2 aku tertidur dalam kereta tu, kadang2 terjaga jugak, tanya kat dia, nak gula2 tak??? lepas tu tidur semula. hehe. Teruk betul cor driver ni, Tido sokmo. Apa boleh buat, esok nak sekolah, mata ni dah mengantuk tahap kuda. Sikit2 tu, aku ada gak jeling2 en tunang, kot ia pn tertidur sama. Naye dibuatnya. Cian dia, mata dah merah macam biji saga. Dia cakap, untung la duduk sebelah. Lelaki, jadi driver, perkara normal la kan. Ia mana nak bagi perempuan yang bawa kereta.
1.30 am : sampai di rumah, aku basuh muka, gosok gigi, tukar baju terus tido. Tak ingat dunia dah tu. Dengan kasut + baju spare pun tertinggal dalam kereta en tunang. lalala...

Untuk moment yang paling sweet...SETIA HUJUNG NYAWA...versi kami









0 comments: