BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 17 November 2012

Puisi Chenta dari Mr.H

Assalamualaikum...

Pagi ni aku sungguh terharu, buka-buka je fb, ada inbox dari Mr.H... so sweeeeeeeeeeetttt... Terharu sangat... Terima kasih sayang... opssss...tak boleh panggil sayang lagi... (bercinta selepas nikah) Terima kasih awak....hehe





18 Cara Memikat Hati Suami


Wahhhh...mari sama-sama kita belajar memikat hati encik suami ye....

1. Akur pada suami
Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami. 

2. Berkelakuan baik terhadap suami
Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang 'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.

3. Jangan bebankan suami
Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.

4. Sentiasa bersolek untuk suami
Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.

5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami
Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.

6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami
Ingatkan suami dan berpesan dalam apa jua perkara.

7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami
Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.

8. Jangan membelakangkan suami
Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.

9. Jaga harta suami
Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.

10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami
Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.

11. Solat bersama suami
Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.

12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa
Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.

13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami
Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat.

14. Pandang muka suami bila bercakap
Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.

15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga
Jangan biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.

16. Jangan terlalu kongkong suami
Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.

17. Urut badan suami selepas balik kerja
Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.

18. Jaga makan minum suami
Guna ayat-ayat al-Quran dan bukannya bomoh untuk menambat hati suami. Ingatlah doa adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air setiap kali suami pulang dari kerja.

*Taatilah segala suruhan suamimu selagi tidak melanggar hukum hakam ALLAH"



Semoga aku menjadi isteri yang solehah...Insyallah...

Friday, 16 November 2012

HANTARAN CHENTA

Assalamualaikum...

haaaa nila hantaran aku kepada pihak lelaki...

1) sirih junjung
dulang + separuh daun sireh...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister)
separuh lagi hok bawah tu, direka oleh my cousin...


2) Baju pasang (turquoise color)
...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister)

3) Songkok + kain pelekat
...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister)

4) Samping
nak pakai masa nikah ni...
...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister)

5) Tuala
beli kat The Zon... masa sale.... tuala mahal dapat la murah sikit...
...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister)

6) Buah
dulang ...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister)
but buah-buah tersebut aku buat masa pagi sebelum bertunang...hehe.. inspirasi majalah pengantin..

7) Al-Quran + Buku Indahnya Hidup Bersyariat
dulang ...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister), buku + Al-quran aku ikat dengan riben jerk...huhu

8) Coklat ferrerorosye + tebleron
beli di The Zon JB (bebas cukai) murah la katanya...
dulang ...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister), coklatnya aku hias pagi sebelum majlis tunanag... 
ilham sendiri...hehe

9) Cup cake
...direka oleh Kak Lah...(Mr.H sister)
kek ditempah khas dari my cousin, ceritanya:
selepas balik sekolah jumaat tu, tunggu di highway Senai, sampai tertidur di tepi jalan menunggu my cousin datang hantar cup cake..
hiasan tu my couisn jugak yg buat pagi sebelum tunang...

ok, ni la hantaran bagi pihak perempuan untuk diberi pada pihak lelaki...
nak tahu hantaran lelaki tak???
tetttt,....next cerita la ye...
bye..

Di Saat Menjadi Tunangan Mr.H


Ok, meh nak cerita masa majlis pertunangan kami.
Dimulakan dengan 7.11.12, orang-orang Ellif Bridal pasang pelamin.
Ni la hasilnya….


8.11.12, proses menyiapkan baju tunang kami. Tacap sikit-sikit. Ada cerita disebalik baju tunang kami ni. Baca la cerita tentang baju koboi kami yek…

9.11.12, perjalanan aku pulang dari JB. Merenovate bilik tidur. Mungkin la orang tak kan masuk bilik, tapi  mak aku bising jerk. Katanya bilik pengantin mesti cantik. Yelah, aku ikutkan aje. Then jadi la seperti ini... Bilik pengantin buatan sendiri...haha
Lari tema kot....ahhhh ikutkan aje la...nak sangat kn...
Nampak tak dulang hantaran tu...next time aku cite ek...hehe

Tanggal 10.11.12 keluarga Mr.H tiba di Segamat, lebih kurang jam 3 petang. Mereka manginap di ID Hotel Segamat. Jarak dari rumah aku lebih kurang 10 km. Hati ni rasa dah mula rasa berdebar. Aku langsung tak pernah jumpa family Mr.H lagi tau. Jadi, pada sebelah malam, family aku menjemput family Mr.H untuk makan malam. Katanya untuk mengenali dengan lebih rapat sebelum majlis pertunangan pada esoknya. Family Mr.H tiba di rumah aku dalaam pukul 9 malam. uiihhhh berdebarnya aku tapi rileks2 sudah…haha… Aku bersalaman dengan semua ahli keluarganya (perenpuan je tau). Ramainya kakak-kakak dia. Hanya kakak sulong dia yang memperkenalkan diri. Ni kakak sulong H…., katanya. Aku pun banyak berbual dengan kakak sulong dia. Peramah orangnya. Family aku menjemput semua family Mr.H makan.

Menu : nasi putih+ikan caru bakar bersalut sambal+nangka masak lemak+pisang masak lemak+air the o+buah rambutan.

Seronok bila masing-masing kata makanan sedap-sedap belake. Rupa-rupanya kat belah-belah sana tak pernah buah pisang masak lemak. Bak kata kakak sulongnya, macam nak ratah je sayur-sayur tu. Suka sayur semuanya.

Lepas makan, family-family kami berbual lagi. Kakak sulong dia tak tahu macam mana kami boleh berkenalan. Cuba cerita sikit. Nak tahu jugak. Alamak, bila dah ditanya tu, terpaksa la cerita ek… Aduh, yang si Mr.H ni dah pandang-pandang aku dah. Tadah telinga jugak kot. Aduiiii malunya la hai… dah shine shine dah muka ni…huhu

Tanggal 11.11.12, ni la hari pertunangannya…
8.00 am : Kedatangan Mak Andam (Kak Zila+Untie Ina), orang tak pernah make up kan,letih jugak rupanya.
bak kata untie pulak, ishhh aku tak boleh la tengok budak ni, macam nak tambah aksesori lagi, nak jadikan macam princes… aduiiii, dah la untie.. tunang je ni…
dan ini la hasilnya…


10.30 am : Family Mr.H tiba di rumah aku. Mereka disambut masuk oleh family aku. Bermulalah sesi perbincangan antara 2 family ni. Family Mr.H diwakili oleh abangnya. Family aku pula diwakilkan Tok Su sebagai juru cakapnya. Ruginya tak rakam masa perbincangan tersebut. Setelah berbincangan, dapat la tarikh perkahwinan kami. (23.03.13). Insyallah. Bak kata family Mr.H, tak nak tunang lama-lama. Bagus la macam tu…

11.15 am : aku dipanggil keluar untuk disarungkan cincin. Semua orang tertumpu pada aku. Aduh…malu seiii… Tapi aku dah biasa berdepan dengan orang ramai… redah je la… kui3
Kakak sulongnya menyarungkan cincin tunang di jari manis sebelah kanan dan cincin merisik di jari manis sebelah kiri dengan lafaz Bismillahirahmanirahim… Alhamdulillah, di saat itu aku telah menjadi tunangan Mr.H. Aku bersalaman dengan kakaknya tanda terima kasih.
haaaa… lepas ni yang aku ble ni tak tahu nak buat apa. Aku pun dengan menonongnya gi masuk bilik. Patutnya aku pi salam dengan semua orang. Alamak, spoil sikit kat sini. Ble giler masa tu. Aku pun cakap kat untie, nak keluar semula untuk salam dengan semua orang. Tah apa untie tu cakap dekat luar, aku pun disuruh keluar semula untuk salam dengan semua orang. huuuuu lega sikit bila dah salam dengan semua orang.

11.45 am : sesi bacaan tahlil bagi memberkati majlis kami. Semoga hubungan kami ini diberkati. Amin.

12.15 pm : semua tetamu dijemput untuk makan tengah hari.
Menu : nasi minyak kukus+ayam masak merah+kari daging+sayur campur goring+aca+air oren
Masing-masing berselera makan, sedap katanya.

12.30 pm : sesi fotografi antara aku+Mr.H bersama ahli keluarga. Aku tengok Mr.H macam terkejut kot tengok aku. Ye la, sebelum ni aku mana penah make up, pakai tepek bedak jerk. Ye lain mukanya bila kene make up…. Cantik kot…haha perasan ek…
Hujan turun sekejab, Alhamdulillah, mungkin hujan rahmat.
1.15 pm : kepulangan family Mr.H. Aku menghantar family dia pulang. Dari satu kereta ke satu kereta aku gi. Bersalaman dengan mereka. Semoga perjalanan pulang ke Terengganu selamat belake.

Mr.H dengan kawannya si fotografer pulak, tunggu lagi kat rumah. Bak kata ayah, macam tak nak lepaskan aku jerk..haha. Sementara itu, family aku pun, masing-masing mula berangkat pulang.

2.30 pm : tetamu ramai yang dah pulang, tinggal la adik-beradik aku je kat rumah, yang lain ada kat rumah atuk kot. Kami pun buat la sesi fotografi lagi. Dah tak de orang kan, boleh buat gaya lebih sikit…hehe
Dapat hadiah lagi, so, ada la sesi mebuka hadiah sikit…hehe

3.00 pm : satu-satunya kawan aku yang hadir di hari pertunangan kami. Thnaks to Ct & husband coz sudi datang ke majlis kami. Kami pun makan sekali. Mr.h tak kenyang makan katanya, so makan lagi. Barulah terasa sedapnya nasi minyak kukus. Tadia makan tak rasa apa…lalala… Aku pulak, hanya makan sarapan pagi tadi jerk… so, makan dengan seleranya.

3.30 pm : Mr.H bertolak pulang. Selamat menjadi tunangan orang. So, lepas ni aku boleh panggil En.Tunang pulak.hehe

3.45 pm : ct & husband pulang…thanks ye sudi datang.

Syukur Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih dekat semua family aku yang membantu. Ada yang tak tidur, ada yang dah pening-pening, keletihan suatu kemestian. Thanks to all…luv u all ketat-ketat la…
So, ini la ceritanya…..Semoga Allah memberkati hubungan kami… Amin
Terimalah, Hadiah untuk pembaca….
Ni la kekasih hati aku sekarang... Mr.H (En. tunang) yang gentlemen...kih3


Monday, 12 November 2012

Baju Tunang Koboi….



haaaaa…ni nak cite sikit pasal baju tunang aku… Tema pink kononnya…
Rasanya tak pernah orang beli baju tunang sampai dua pasang kan… Ceritanya…
Kali pertama mencari baju tunang, sebulan sebelum tunang. Bukan pe, takut kami busy dengan kerja masing-masing. Tu yang pergi cari awal. Seharian, mencari baju di Kota Tinggi. Dah pusing 1 Kota, TIADA HASIL.

Kami ke Danga City Mall, 1 mall kami cari… TIADA HASIL.
Pada hari yang sama, pusing 1 ANGSANA. Kesian, TIADA HASIL jugak. Kesian aku tengok Mr.H, kelihatan sangat letih. Bru dia tahu ye, ingat senang ke nak mencari baju ek… Time nak cari la bajunya tak jumpa ye.

3 minggu sebelum tunang. Kami lagi sekali ke ANGSANA mencari baju. Oleh kerana baju aku telah ditempah pada kakak Mr.H, So, tinggal cari baju dia je la. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa. baju melayu Di butik Daniel Haikal. Dah lari tema kot, warna peach yang dipilih.
Ingatkan dah selesai part baju, rupanya tidak. Family Mr.H kata baju yang pada Kak La tu over sangat. Sebenarnya, aku tengok pun over jugak, nak cakap tak nak takut kecik hati pulak, huiii nasib baik family dia dh cakap macam tu. Lega sikit aku tak kene pakai baju tu…huhu

2 minggu sebelum tunang. Dah aku terpaksa meround satu Bandar segamat mencari baju warna yang sama seperti baju melayu Mr.H. Sampai ke malam meround, akhirnya jumpa. Balik je rumah, bila kene cahaya lampu, aduiiiii warna bajunya kok terang sangat. Dah macam warna oren. Tidakkkkkk… aku tak nak pakai baju tu…  Mr.H datang rumah hantar hantaran yang ditempah, bawa baju dia sekali. Bila disuaikan dengan baju yang aku beli, lorrrrr kok tak sama warnanya… alaaa…. kenapa tak sama….huk2… Mr.H pun dah pening, tak pelah, nanti kita cari baju lain…

Seminggu sebelum tunang, kami ke ANGSANA sekali lagi, buat kali ketiga ye.  Pusing punya pusing, tetiba aku ternampak baju yang dipakaikan pada anak patung. Set lelaki+perempuan, warna pink lagi tuh…. cantiknya. Aku cakap dengan Mr.H, Kenapa tak cari baju macam tu ek. Mr.H pun tengok baju tersebut, tanya punya tanya dengan tuan butik tu, yang patung lelaki pakai saiz M dan yang patung perempuan pakai saiz S. Aku tanya dengan dia, awak nak beli lagi ke baju melayu??? Beli jela, malas la nak fikir lagi. Try punya try baju, padan dengan kami. Cuma baju aku je besar sikit. Tak pelah, nanti saya kecikkan bajunya.

So, dalam masa seminggu tu jugak, aku merenovate baju aku, tambah labuci dan batu-batu sikit. Wah cantik hasilnya. Baju kurung Pahang aku kecikkan jadi baju kurung biasa. Seluar Mr.H pulak, aku tambah cangkuk kat hujung, sempit katanya.
Dan inilah hasilnya…. warna yang diidam dari awal perbincangan kami. Inspirasi dari majlis pertunangan Shiera Ayob dan Zahizil Azim.


 taraaaaaa….!!!!! ni la baju koboinya…
opssss....ada lagi, cuba perhatikan butang baju melayu tersebut, pun nak cari sama macam Zahizil Azim. Dengan itu, sehari selepas membeli baju ni, kami lagi sekali ke ANGSANA untuk kali yang keempat semata-mata membeli butang tersebut. huiiii...lepas la hajat Mr.H nak pakai butang yang sebegitu. Then, jadilah seperti gambar yang di atas....comei gak...
itu saje...
sekian, terima kasih...haha