EPISOD 5
Tanggal 15.09.2012 - 17.09.2012, Mr.H berkunjung ke rumah. Kami
sampai selepas zohor. Sebelum sampai rumah tu, kami cari la tempat Mr.H nak
tidur untuk 2 hari ni. Check in hotel dulu. Kemudia terus ke rumah aku. Suka
bila mak kata mukanya hensyem sebab aku bukanlah orang yang melihat dari segi
rupa tetapi hati budinya.. huhu… Mr.H pandai menyesuaikan diri, peramah dan
berbudi bahasa. Cakap pun sopan je. Yang kelakarnya, kemana ayah duduk kat situ
la dia berborak jugak. Orang kata tak kekok la. Mr.H pun berani. Petang tu
jugak dia menyatakan hasrat dia untuk menghantar rombongan meminang.
Situasinya lebih kurang
begini. Aku memanggil ayah dan mak ke depan. Mr.H nak cakap sesuatu. Setelah
semuanya duduk di ruang tamu. Mr.H berkata : ayatnya berbunyi begini…
“Macam ni, saya dah
kenal dia lebih kurang sebulan, tapi minggu lepas la baru jumpanya. Kami pun
dah setuju nak hidup bersama. Orang kata tak elok la kan keluar berdua tanpa
ikatan apa-apa. Jadi, nak minta izin la kat pak cik dan mak cik, kalau boleh
nak bawa rombongan meminang. Cadangnya bulan 11 nanti. Kalau pak cik dan mak
cik izinkan boleh la saya bawa rombongan tersebut”. …. Ayah dengan mak pun
setuju. Huh…sape la yang tak mahu menantu macam tu kan. Berani berterus terang.
Dalam hati aku…beraninya
Mr.H ni. Bersungguh-sungguh betul dia nak dengan aku…hehe
Petang tu, ayah bawa Mr.H
balik kampung ayah. Ayah nak gunting rambut. Aku pun ikut la sekali, kalau tak
nanti terpinga-pinga pulak Mr.H kan. Berbual dengan Mak Uteh dan Tok Usu.
Alhamdulillah, Mak Uteh pun berkenan sangat dengan Mr.H. Huh!!! maknanya aku
tak salah pilih orang la ek… Semoga Allah berkati kami la ye…
Keesokkannya, Mak dan Mak Dak buatkan kami nasi ayam.
Makan ramai-ramai dengan family aku. Ramai juga la. Penuh 1 dapur. Rupa-rupanya
Mr.H memerhatikan aku buat kerja di dapur. Ok la, dia kata aku pandai jugak la
buat kerja kat dapur. Cuma Mr.H tak berkenan beberapa perkara je. Yang tu
biarlah rahsia. huhu….
Petang tu, Mr.H bawa aku me’raound’ Bandar Segamat untuk
mencari kedai Andaman. Dah siap servey kat internet lagi kedai-kedai yang ada
di Segamat ni. Aku pulak yang tak kisah tu semua. Bersungguh-sungguh betul ni.
Jadi, aku pun perlu bersedia dari sekarang ni. Setelah pusing-pusing satu Bandar,
akhirnya jumpa sebuah kedai yang kena dengan citarasa Mr.H. Aku memang tiada
pengalaman dalam bab ni. Jadi, semua keputusan dibuat oleh Mr.H. Atleast Mr.H
pandai la, pilihan beliau pun not bad la. Cantik-cantik jugak. So, kami memilih
untuk mengambil Ellif Bridal sebagai hiasan pelamin dan Andaman di majlis
pertunangan kami nanti. Huh, settle satu perkara. Seterusnya, kami servey hotel
untuk penginapan keluarga Mr.H nanti. Kami berbincang tentang persiapan majlis
pertunangan di Secret Recepi. Banyak perkara yang perlu dibincangkan. Antaranya
ialah :
i)...Tema majlis pertunangan nanti. (ok, decide
nak warna pink,peach & putih)
ii)...Barang-barang hantaran, nak bagi apa? berapa
dulang? bajet berapa? siapa yang akan gubah hantaran (ok, decide, Kakak Mr.H
yang akan buat hantaran tersebut.)
iii)...Baju tunang, nak beli or sewa pada kakak
Mr.H.
iv)...Fotografer??? (ok, My friend nak sponsor)
v)...Doorgift (ok, aku terfikir nak bagi frame
gambar dengan tulisan “we’re engaged”, ok, esok my friend datang rumah untuk
design) + makanan dalam paper doorgift.
vi)...Masa family pihak lelaki datang pukul
berapa??? berapa orang???
So, selesai beberapa perkara. Syukur,Alhamdulillah, Allah
permudahkan segalanya. Aku bekalkan Mr.H nasi ayam untuk makan malam. Huhu..kesian
Mr.H, dah la sedang berdiet tapi berselera makan di rumah aku. Tak pelah, bukan
selalu kan, 3 hari langgar pantang.
Hari
terakhir di kampung, ayah tangkap ayam kampung untuk dimasak lemak cilia pi.
Berselera lagi Mr.H makan ye. Mak bungkuskan bekal untuk aku & Mr.H bawa
balik ke JB. Mr.H bawa aku ke Legoland. Wah bestnya..tapi kami tak masuk pun
kat dalam sebab tempat tu masih dalam pembikinan lagi. Jadi tak berbaloi dengan
harganya. Lebih baik duitnya disimpan untuk beli barang hantarankan. lalala…
Huhhh….dah
selesai ujian Mr.H di kampung aku. Aku??? belum diuji lagi. Bila pula untuk aku
ke kampungnya dan berjumpa family beliau kan… huhu… berdebarnya….