BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 20 December 2012

Fitting Baju

Assalamualaikum...

Hai..lama tak menulis, tetiba rasa nak berkongsi rasa seronoknya bila aku bersama en.tunang bertemu perancang majlis perkahwinan kami sekali gus fitting baju persalinan perkahwinan kami.
Temu janjinya pada 17hb Disember 2012, jam 8.30 pm.

En.tunang sampai di rumah dalam pukul 4 pm. Kami ke rumah makcik aku untuk menempah baju nikah yang dibeli pada 9hb Disember 2012 di Jakel Segamat. Pada hari tersebut kamu dah buat fitting baju nikah ni rumah makcik aku, hari ni kami membawa design baju yang diingini. 

Kemudian, kami ke bandar untuk melihat homestay bagi kelurga sebelah en.tunang nanti. Aku dan buat temu janji dengan Cik Leha dan beliau telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada aku dengan hanya memberi kunci homestay dan kami pergi lihat sendiri ditemani oleh adik sekali. Sebelum tu, en.tunang aku tempah hotel untuk ia tidur malam ni. Selepas selesai melihat homestay, kami ke kedai bunga untuk melihat barang-banrang hiasan hantaran nanti.

Lebih kurang jam 6pm, kami bergerak pulang ke rumah aku. Seronok sebab aku dapat masakkan makanan untuk en.tunang. Dapatlah en.tunang merasa air tangan tunang ia ni. Cume masak ayam paprik je, sayur nenas lemak+kankung goreng mak aku yg buat..hehe

Jam 8.30 pm, dah terlewat sebenarnya, kami bergerak ke Ellif Bridal dimana tempat kami membuat tempahan pelamin dsb dan ditemani oleh kesemua adik2ku ( 3 0rang je..). Sampai di sana, bermula dengan perbincangan tentatif majlis perkahwinan kami. Aku telah siapkan satu proposal untuk memudahkan perancangan majlis perkahwinan kami. Ia disukai oleh wedding planner kami iaitu En.Ijam (ala-ala au gitu) but nice person. Tak kekok dengan team ellif ni sebab dah kenal. Masa kami tunang pun ambil planner dengan mereka. Adik aku pun buat part time dengan mereka. So, dari segi keserasian memang tidak ada masalah. En. tunang pun selesa dengan ijam yang suka sangat buat lawak.  Nanti la, aku bagi tengok proposal yang aku buat dan dipersetujui oleh en.tunang.hehe

Perbincangan tentang tema, warna dan design pelamin berakhir sekitar jam 10.30 pm. Dan saat yang tak disangka untuk fitting baju. Ingatkan tak buat, rupa2nya OMG... Untuk en.tunang tak de masalah sangat, lelaki tak kisah kan buka-buka baju ni. Yang aku ni... dah la tak pakai inner, aduii malunya pakai baju pengantin yang agak jarang tu. Terpaksa la, no choice.., Malunya bila en.tunang tengok aku pakai baju yang seksi tu... aduhh... nasib baik just pakai untuk 2 pasang je sebab kesuntukkan masa. huhhh... Kami try baju berinai dan baju bersanding. Siap pakai one suit, ambil2 gambar.. huhhh disiapkan oleh auntie dan ijam dah macam pengantin betul dah kami... wahhh segaknya en.tunang aku ni bila dikenakan dengan busana pengantin with aksesori... Kami suka dengan baju2 di ellif bridal. Semuanya cantik2.. Suka sangat. 

Dah penat tukar2 baju, perbincangan pun selesai,  jam 12.30 am gerak pulang. Aku dan adik2 pulang ke rumah manakala en.tunang pulang ke hotel. Next time kami akan ke ellif lagi untuk fitting yang terakhir. Walaupun agak penat, tapi ia satu pengalaman yang sangat berharga buat kami. 

ok la, nantikan proposal wedding kami ye.. ta ra.....

0 comments: