ASSALAMUALAIKUM...
huhu....meh nak cerita sikit pengalaman aku mengikuti kursus kahwin. Tu la, rasa menyesal sangat tak amik masa kat U dulu. Kata xbf, nanti la kita ambil masa nak kahwin... emmmm hampeh, rupanya karam di tengah lautan. ishhh kalau la tahu nak karam, aku ikut jerk kawan2 aku gi kursus tersebut. Harga pun baru je RM50 jerk. Berbanding sekarang naik 2x ganda bahkan tambah lagi extra RM20. Total = RM120. ishhhh hamba menyesal. Emmm tak pe lah...benda dh jadi kan...
Its ok la, aku ke kursus kahwin ditemani oleh rakan sekerja iaitu kak qamarinan, kak zack dan kak noraini. Macam biasa la, aku drive sorang. Nasib Mr.H dan tunjukkan jalan semalam. So, tak de masalah untu aku drive sorang manakala akak2 3 orang tu naik satu kereta.
Sampai di Majlis Abu Bakar, ramai jugak yang pergi kursus bersama pasangan masing2. Dalam hati ni, best tak ek agak2 kalau gi dengan pasangan. Setelah menelaah kebaikan dan keburukan pergi kursus bersama, ohhh lebih baik gi dengan kawan2 sebab boleh duk sekali dan menjadi rakan bersembang. hehe..
Banyak jugak ilmu2 yang dikongsi oleh penceramah2. Ada yang pandai buat lawak tu, lawak sangat. Tergelak2 la jugak.. Ada yang selamber tu, huiiii mengatuk banget mata ni. Apa2 jelah, janji aku dah selesaikan kurusu kahwin selama 2 hari tu dan yang paling penting dapat lesen tuk kahwin. Ehhhh gatalnya.. huhu... Bagi sesiapa yangnak kahwin ke atau yang belum nak kahwin ke, yang dah ada calon ke, dan yang belum ada calon ke, nasihat aku cepat2 la gi kursus kahwin ye, takut2 nanti jadi macam aku, dah nak kahwin baru terhegeh2 nak gi kursus..kui3....tapi ok jugak la, ilmunya fresh lagi kan... ok la.. tata..
Thursday, 20 December 2012
KURSUS KAHWIN
Posted by Unknown at 02:39 0 comments
Fitting Baju
Assalamualaikum...
Hai..lama tak menulis, tetiba rasa nak berkongsi rasa seronoknya bila aku bersama en.tunang bertemu perancang majlis perkahwinan kami sekali gus fitting baju persalinan perkahwinan kami.
Temu janjinya pada 17hb Disember 2012, jam 8.30 pm.
En.tunang sampai di rumah dalam pukul 4 pm. Kami ke rumah makcik aku untuk menempah baju nikah yang dibeli pada 9hb Disember 2012 di Jakel Segamat. Pada hari tersebut kamu dah buat fitting baju nikah ni rumah makcik aku, hari ni kami membawa design baju yang diingini.
Kemudian, kami ke bandar untuk melihat homestay bagi kelurga sebelah en.tunang nanti. Aku dan buat temu janji dengan Cik Leha dan beliau telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada aku dengan hanya memberi kunci homestay dan kami pergi lihat sendiri ditemani oleh adik sekali. Sebelum tu, en.tunang aku tempah hotel untuk ia tidur malam ni. Selepas selesai melihat homestay, kami ke kedai bunga untuk melihat barang-banrang hiasan hantaran nanti.
Lebih kurang jam 6pm, kami bergerak pulang ke rumah aku. Seronok sebab aku dapat masakkan makanan untuk en.tunang. Dapatlah en.tunang merasa air tangan tunang ia ni. Cume masak ayam paprik je, sayur nenas lemak+kankung goreng mak aku yg buat..hehe
Jam 8.30 pm, dah terlewat sebenarnya, kami bergerak ke Ellif Bridal dimana tempat kami membuat tempahan pelamin dsb dan ditemani oleh kesemua adik2ku ( 3 0rang je..). Sampai di sana, bermula dengan perbincangan tentatif majlis perkahwinan kami. Aku telah siapkan satu proposal untuk memudahkan perancangan majlis perkahwinan kami. Ia disukai oleh wedding planner kami iaitu En.Ijam (ala-ala au gitu) but nice person. Tak kekok dengan team ellif ni sebab dah kenal. Masa kami tunang pun ambil planner dengan mereka. Adik aku pun buat part time dengan mereka. So, dari segi keserasian memang tidak ada masalah. En. tunang pun selesa dengan ijam yang suka sangat buat lawak. Nanti la, aku bagi tengok proposal yang aku buat dan dipersetujui oleh en.tunang.hehe
Perbincangan tentang tema, warna dan design pelamin berakhir sekitar jam 10.30 pm. Dan saat yang tak disangka untuk fitting baju. Ingatkan tak buat, rupa2nya OMG... Untuk en.tunang tak de masalah sangat, lelaki tak kisah kan buka-buka baju ni. Yang aku ni... dah la tak pakai inner, aduii malunya pakai baju pengantin yang agak jarang tu. Terpaksa la, no choice.., Malunya bila en.tunang tengok aku pakai baju yang seksi tu... aduhh... nasib baik just pakai untuk 2 pasang je sebab kesuntukkan masa. huhhh... Kami try baju berinai dan baju bersanding. Siap pakai one suit, ambil2 gambar.. huhhh disiapkan oleh auntie dan ijam dah macam pengantin betul dah kami... wahhh segaknya en.tunang aku ni bila dikenakan dengan busana pengantin with aksesori... Kami suka dengan baju2 di ellif bridal. Semuanya cantik2.. Suka sangat.
Dah penat tukar2 baju, perbincangan pun selesai, jam 12.30 am gerak pulang. Aku dan adik2 pulang ke rumah manakala en.tunang pulang ke hotel. Next time kami akan ke ellif lagi untuk fitting yang terakhir. Walaupun agak penat, tapi ia satu pengalaman yang sangat berharga buat kami.
ok la, nantikan proposal wedding kami ye.. ta ra.....
Posted by Unknown at 02:29 0 comments
DUP..DAB..DUB…DAB
AKU TERIMA NIKAHNYA
Apabila tiba saat
ini, pasti bakal pengantin akan berasa cemas, gemuruh dan gementar terutamanya
pengantin lelaki. Saat paling indah juga ketika berkata “aku terima nikahnya”
dan ketika itu syukur dan gembira kerana orang yang dicintai telah menjadi
milik anda. Dan untuk menghadapi saat itu, terdapat beberapa panduan yang boleh
dikongsi beersama.
SEBELUM AKAD NIKAH
1.
Pastikan pengapit atau teman rapat duduk di sebelah
2.
Sediakan i/c atau kad pengenalan
3.
Duit upah untuk tok kadi
4.
Senyum agar lebih tenang
SEMASA AKAD
NIKAH
1.
Khutbah nikah
2.
Bacaan taklik
3.
Keluarga sakinah / penyerahan tanggungjawab
SELEPAS AKAD
NIKAH
1.
Penyerahan mas kahwin dan wang hantaran
2.
Pembatalan air sembahyang
3.
Bersalaman dan mencium tangan suami
4.
Cium dahi isteri (sunnah nabi ni..)
5.
Bersalaman dengan ahli keluarga
6.
Solat selepas nikah
Posted by Unknown at 01:58 0 comments
Kad Kahwin
Apa yang anda perlu tahu Sebelum Menempah
KAD KAHWIN?
- Tarikh perkahwinan
- Jumlah jemputan
- Kerumitan / salah faham
- Perundinagn
- Komited
- Mauk ke kedai percetakan tanpa sebarang perancangan
- Tiada pendirian / fikiran bercelaru
- Tidak komited sepanjang proses tempahan
- Tiada kata sepakat dengan pasangan
- Permintaan terlalu tinggi
- Datang berunding membawa rombongan ahli keluarga terlalu ramai sehingga menyukarkan keadaan
- Terlebih bajet
- Tidak menyelidik terlebih dahulu perkhidmatan tempat percetakan yang ditujui
- Bersikap tidak sabar dan tidak profesional apabila membuat tempahan last minute
- Pertelingkahan sehingga menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini
Posted by Unknown at 01:53 0 comments
Thursday, 22 November 2012
PROJEK MEMIKAT HATI SUAMI
SARAPAN PAGI
Assalamualaikum…
Emmmm… pasti
wanita-wanita di luar sana pening kepala kan mahu menyediakan menu apa di
setiap pagi untuk encik suami… Lebih-lebih bagi mereka-mereka yang berkerjaya,
yang memerlukan mereka keluar rumah seeawal pukul 6 pagi. Benar sungguh kata
orang tua-tua “air tangan isteri, pengerat kasih sayang suami”. Baru tiga hari
bergelar isteri, anda sudah diminta untuk melayani kehendak selera si dia???
Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab seorang isteri kan. Ayuh isteri
tercinta, mari kita rebut hati suami dengan sarapan pagi yang menyelerakan.
Untuk itu, kali ni,
aku nak berkongsi cara-cara memikat hati suami di waktu awal pagi… Menu sarapan
pagi untuk yang tersayang. Antara cadangan menu adalah seperti berikut ………..
Sediakan menu ringkas
sandwich telur dengan hirisan tomato dan sayur salad segar. My Mr.H suka makan
sayur, jadi perlukan lebih sayur.huhu.
Telur boleh digoreng atau direbus mengikut selera suami anda. Telur
dihancurkan dan diletak serbuk lada putih atau serbuk lada hitam. Susu segar
mampu memberikan tenaga di waktu pagi dan mengelakkan tubuhnya keletihan. Pasti
Mr.H bersemangat untuk memulakan hari kan…
HARI SELASA : ROTI BAKAR BERJEM COKLAT
NUTELLA + SEGELAS MILO PANAS
Mudah dan ringkas. 2
keping roti bakar bersalut coklat. Milo
panas kegemaran Mr.H pasti menambah rasa sayang yang lebih dan lekat selamanya.
Aku akan cuba buat seperti milo panas yang disediakan oleh arwah maknya.
HARI RABU : KOKO CRUNCH + SEGELAS CHOCOMALT PANAS

HARI KHAMIS : BIJIRIN QUAKER OAT +
NESTUM
Tiada alasan untuk
tidak bersarapan pagi. Dengan menu hari ni, pasti hati suami dapat dicuri.
Mudah, orang yang tiada kepakaran memasak pun boleh menyediakan menu ini.
HARI JUMAAT : TELUR HANCUR, KACANG
PANGGANG, SOSEJ + JUS OREN
HARI SABTU : NASI HIMPIT BERSAYUR LODEH
+ TEA O PANAS
HARI AHAD : NASI LEMAK + NESCAFE PANAS
Ceriakan pagi hujung
minggu dengan menu sarapan pagi yang sedikit berat. Walaupun agak sukar bagi
isteri yang baru belajar memasak seperti aku…hehe… Namun anda perlu memikat
hati suami dengan menunjukkan kebolehan ini. Sedapnya nasi lemak bila
dihidangkan dengan ayam goring rempah. Fuhhhh pastinya ia akan menambat hati
suami dari keluar lepak bersama rakan-rakannya diluar. Pasti suami anda akan
melekat seharian di rumah. huhu
Moga-moga anda dapat
laksanakan tanggungjawab ini dengan jayanya.
Kepada my future
husband, kalau saya terlupa hendak sediakan menu-menu seperti yang dicadangkan
di atas, tolong INGATkan saya ye… Tapi Mr.H kena faham ye, kerja seorang guru
ni, perlu keluar awal pagi, kalau saya tak sempat, menu awak hari-hari roti
bakar + milo 3 in 1 ye… hik2.. SORRY…hehe
Apa-apa pun, isteri perlu sediakan hidangan yang berkhasiat untuk suami. Supaya suami tak cari yang lain..
(Sumber : Inspirasi
Pengantin : September 2012 : Info Rumahtangga)
Posted by Unknown at 04:57 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)